"Biar Jadi Kenangan Terindah Buat Semua..." - Siti Nurhaliza Beri Bayangan Buat Konsert Besar Sebelum Bersara

HIBURAN
November 29, 2023 - 04:22 PM


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi bayangan bahawa dia akan melakukan sebuah konsert berskala besar di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) setelah rekod jumlah penonton yang dipegangnya selama hampir 20 tahun lebur di tangan band Coldplay.

Penyanyi Biarlah Rahsia itu berkata, konsert yang ingin menghimpunkan lebih daripada 75,000 penonton itu berkemungkinan akan dilakukan sebelum beliau bersara daripada dunia seni.

Menerusi sebuah ciapan balasan di aplikasi X, penyanyi tersohor itu menyifatkan idea untuk kembali memintas rekod yang kini dipegang Coldplay itu mungkin boleh direalisasikan.

“Sedih dan terharu baca tulisan wartawan Kosmo. Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ya?

“Kalau nak buat di Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ye. Biar jadi kenangan terindah buat semua,” katanya.

Melihat ke ruangan komen, ramai yang teruja namun tidak kurang ramai juga yang kurang senang dengan perkataan 'bersara' yang digunakan.

"No no no.. Tak boleh bersara.. Rehat takpa..

"Jangan la cerita pasal bersara lagi. We’re not ready yet 

“Tolong jangan bersara. Konsert Siti saya tidak pernah datang lagi walaupun sekali,” kata peminat.

Walaupun rekod tersebut sudah dipecahkan, konsert Siti pada 2004 di lokasi sama yang mengumpulkan seramai 70,000 penonton masih perlu dibanggakan kerana Siti Nurhaliza Fantasia Tour itu merupakan satu-satunya konsert tempatan yang direkodkan pernah menganjurkan konsert di SNBJ dengan jumlah peminat yang ramai.

Memang nak sangat Tokti buat konsert tapi jangan bersara please...

 

Sumber: Media Permata

Destination: