Aksi David Foster Tarik ‘Mic’ Siti Nurhaliza Jadi Bualan, Peminat Kecewa Siti Sertai Konsert ‘Hitman Returns’

HIBURAN
June 18, 2024 - 12:02 PM


Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyertai konsert Hitman Returns: David Foster and Friends yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 15 Jun lalu pada saat akhir,

Perbualan hangat tercetus kerana David Foster yang merupakan komposer lagu terkenal itu dilihat pernah menunjukkan tanda sokongan secara terbuka terhadap tentera Israel dengan menyertai konsert ‘amal’ Friends of the Israel Defense Forces (FIDF).

Malah, tular sebuah video tular di media sosial memaparkan di mana Siti Nurhaliza dilayan dengan kurang sopan oleh komposer kelahiran Kanada itu.

@syehashfra this is why they're legends #brianmcknight #katherinemcphee #davidfoster #joshgroban #sitinurhaliza ♬ original sound - ✨🫶🏻 - Syeha S. Alhaddar

Difahamkan, Siti Nurhaliza menyertai konsert itu di saat akhir bagi menggantikan tempat penyanyi United Kingdom (UK), Jessie J.

Sebagai info, ini bukanlah kali pertama penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pentas dengan David Foster.

 

Destination: