Netizen Malaysia Terharu Sam Tsui Cover Lagu Siti Nurhaliza, Siap Puji "Sebutan Dia On Point Teruk"

HIBURAN
January 17, 2024 - 01:49 PM


Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan di TikTok oleh penyanyi dan penulis lagu daripada Amerika Syarikat, Sam Tsui apabila menyanyikan salah satu lagu Siti Nurhaliza.

 Di akaun TikToknya, dia bersama pasangannya Casey Breves ada melakukan satu challenge dimana mereka berdua akan memilih satu negara dan menyanyikan lagu dari artis negara tersebut.

Setakat ini, mereka telah menyanyikan lagu tempatan dari 73 buah negara daripada jumlah keseluruhan iaitu 195 buah negara. Memilih Malaysia sebagai negara yang ke-73, Sam Tsui telah memilih untuk menyanyikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Bukan Cinta Biasa.

@thesamtsui Representing #Malaysia it’s our attempt at #bukancintabiasa by #sitinurhaliza - #malaysiatiktok #malaysianmusic #global #singers #lagu #malay #internationalsongs ♬ original sound - Sam Tsui

Menerusi video yang dimuat naik, penyanyi berkenaan mula menyanyikan lagu tersebut dengan mengambil bahagian korus dan ia dinyanyikan dengan baik.

Malah apa yang lebih membuatkan ramai teruja adalah sebutan Sam yang sangat jelas dan tidak kedengaran pelat meskipun berasal dari Amerika. Begitu juga pasangan duetnya yang turut bernyanyi sama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji nyanyi Sam kerana sebutan yang sangat jelas. Tidak kurang juga ada menyifatkan penyanyi antarabangsa itu kini boleh diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana sebutan yang sangat jelas.

"Pronounciation dia on point teruk.

"Thank you for beautiful cover.

"Terima kasih from Malaysia. You guys are amazing.

"They really hit the words so perfectly and pronounces??? You guys are officially malaysian now," tulis mereka

Untuk makluman, Sam Tsui sebelum ini sering tampil di YouTube menyanyikan semula lagu daripada beberapa artis terkenal.

 

Sumber: Buzzkini

Destination: