Siti Nurhaliza Umum Adakan Konsert Di Axiata Arena Tahun Hadapan!

HIBURAN
December 19, 2023 - 04:39 PM


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja mengumumkan akan mengadakan konsert yang diberi nama 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza'. Sebelum ini, penyanyi tersebut ada memuat naik satu hantaran di Instagram dengan kapsyen 'akan datang' yang mencetuskan desas-desus di kalangan peminat. 

Pengumuman yang dibuat di Instagram tersebut pastinya merupakan hadiah istimewa yang dinanti-nantikan oleh peminat Siti, Sitizones. Untuk info, kali terakhir Siti mengadakan konsert adalah pada tahun 2019.

Konsert 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza' ini bakal diadakan pada 9 March 2024 depan dan bertempat di Axiata Arena. Maklumat lanjut mengenai tiket dan cara pembelian akan diberitahu esok (20 Disember).

 

Sumber: Instagram

Destination: