Lee Chong Wei Kongsi Anak Dapat 90 Untuk BM, Netizen Terhibur Baca Plot Twist

HIBURAN
November 30, 2023 - 12:31 PM


Semua insan yang bergelar ibu bapa pastinya bangga apabila anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ditambah dengan kehadiran teknologi canggih yang ada hari ini, ramai golongan ibu bapa berkongsi cerita tentang anak mereka di media sosial. 

Hal ini tidak ketinggalan buat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei yang berkongsi cerita kisah anak sulungnya, Kingston Lee yang berjaya dapat ‘A’ dalam ujian Bahasa Melayu. 

Dalam satu posting di Instagram, Datuk Lee Chong Wei memuat naik video sambutan itu di Instagramnya sambil mengucapkan selamat hari ulang tahun yang pertama kepada anaknya bernama Anson.

 

Selain mengucapkan kesyukuran, beliau juga sempat menulis kapsyen di Instagramnya. Ternyata, kapsyen yang mempunyai side note itulah yang mencuri tumpuan ramai.

Dalam bahagian side note tersebut, beliau menceritakan kisah anak sulungnya, Kingston yang mendapat keputusan memuaskan dalam Bahasa Melayu iaitu sebanyak 90 markah pada minggu lepas.

“Saya mengaku, standard BM Kingston masih ada ruang untuk diperbaiki malah, ruang tu besar. Karangan dia biasanya dapat B, kadang-kadang C dan sekali sekala ada A.

“Minggu lepas dia balik dari sekolah, Kingston menjerit, “Papa, aku broke rekod karangan 90 Markah, don’t play play," jelasnya.

Pada awalnya, beliau menyangka ia hanyalah gurauan semata-mata daripada anaknya, namun ia adalah benar. Beliau juga agak terkejut dengan keputusan yang diperolehi oleh anaknya itu.

"Aku pun terpaku jap, kebanggaan mengambil alih jiwa. Tunjuk, papa nak tengok. Minta aku dengan Kingston," katanya.

Melihat pada esei bertajuk "balik kampung" oleh anaknya, Chong Wei berasa ragu dengan markah tersebut. Memandangkan terdapat banyak kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa yang sederhana setelah diisemaknya.

Rupa-rupanya, anaknya mengambil hati gurunya dengan menyampaikan ucapan hari lahir buat gurunya. Pada hujung perenggan terakhir karangan tersebut, anaknya telah menulis sesuatu kepada gurunya. 

"Aku baca. Banyak je ejaan mistake. Jalan bahasa pun lebih kurang. Dah nak sampai hujung baru aku tahu kenapa.

"Lepas perenggan terakhir, dia tambah ayat. Cikgu happy birthday, sebab you BM saya power. Saya berharap cikgu sihat hingga umur yang angka sama dengan markah karangan saya hari ini," tulisnya.

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang terhibur dengan 'plot twist' tersebut. Rata-ratanya memuji kepandaian anak Datuk Lee Chong Wei mendapatkan markah yang tinggi.

 

Aduhai, lawaklah dua anak-beranak ni. Hahahahah.

Kredit: Lobak Merah & Siakap Keli

Destination: