Muat Naik Gambar Dengan Seorang Lelaki, Balu Abam Kini Tunangan Orang?

HIBURAN
January 29, 2024 - 12:53 PM


Gambar terbaru yang dimuat naik oleh balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali menimbulkan spekulasi bahawa dia dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Hidayah dalam Instagram miliknya, wanita berusia berusia 33 tahun itu berkongsi sekeping foto dengan seorang lelaki ‘misteri’ di atas pelamin sambil memegang bunga di tangan.

Dalam foto itu juga, Hidayah yang kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih dan dihiasi corak bunga berona biru, hanya meninggalkan kapsyen berbentuk emoji hati (cinta).

Wajah lelaki itu bagaimanapun tidak kelihatan apabila dia bergambar dengan membelakangi kamera.

Mengintai ke ruangan komen, ramai pengikutnya berkongsi rasa gembira dan teruja.

“Alhamdulillah, awak berhak (bahagia). Semoga segala urusan awak dipermudahkan Allah SWT,” ujar seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah, tumpang gembira untuk awak. Semoga semuanya berjalan lancar,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

Walaupun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa Norhidayah tidak bertunang, sebaliknya yang bertunang adalah anak buahnya.

Komen yang ditinggalkan individu berkenaan dilihat mendapat like daripada Hidayah sendiri.

Untuk info, Hidayah telah berkahwin dengan Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 5 tahun.

 

Kredit: Instagram 

Destination: