Nyawa Diugut Dalam Lagu Rap, Bella Hadid Tetap Perjuangkan Kebebasan Palestin
HIBURANSupermodel terkenal, Bella Hadid adalah antara selebriti yang kerap menyuarakan sokongan terhadap Palestin yang ketika ini sedang menghadapi kekejaman yang dahsyat daripada rejim Zionis Israel sejak Oktober lepas.
Terkini, berita tentang serangan yang dilakukan Israel di Rafah, wilayah paling selatan di Gaza yang kini sesak dengan lebih 1.2 juta penduduk serta pelarian Palestin berlindung di kem sementara itu tersebar kepada masyarakat dunia yang lain termasuk Bella.
Dan seperti kebiasaan, Bella terus-menerus melaungkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan menuntut keharmonian dalam kalangan mereka. Selain berharap agar kuasa dunia tidak terus berdiam diri.
Namun, kelantangannya bersuara menyebabkan dia dibenci oleh penyokong-penyokong Israel sehingga ada pihak yang mengugut untuk mencederakannya.
Sebuah lagu yang bertajuk Harbu Darbu, ciptaan rapper Israel, Ness dan Stilla telah dilancarkan baru-baru ini dan lirik dalam lagu itu jelas mengandungi ‘senarai mangsa bunuh’ yang dikaitkan dengan Hasbullah dan Hamas.
Selain itu, terdapat juga baris lirik yang menyatakan bahawa IDF (tentera Israel) harus membunuh Bella Hadid, Dua Lipa, Mia Khalifa, dan semua rakyat Palestin.
Berikut adalah sebahagian lirik lagu tersebut:
Meskipun diugut, model yang berumur 27 tahun itu kelihatan tenang dan enggan mengulas lanjut mengenai lagu terbabit selain memfokuskan diri pada kerjaya, keluarga dan sokongannya terhadap negara Palestin.
Terbaru, Bella dalam sebuah hantaran di Instagram sempena Hari Kekasih semalam memuat naik poster yang berbunyi, “Will you free my Palestine” (Adakah anda akan membebaskan Palestin saya) dengan kapsyen, “Every year” (Setiap tahun).
Sumber: Instagram & Remaja