"Rumah Dia Baru Kena Bom Tau!" - Haze Maki Wanita Tak Sensitif Di IG Live

HIBURAN
November 02, 2023 - 10:53 AM


Sesi IG Live yang diadakan Hazeman Huzir bersama seorang pemuda Palestin semalam diganggu oleh komen beberapa orang individu wanita yang tidak sensitif dan peka akan keadaan semasa.

 

Dikenali sebagai pengacara, pencipta kandungan digital dan aktivis kemanusiaan terkenal, Haze meluahkan rasa tidak puas hati di sebuah posting di akaun Instagramnya apabila melihat komen yang gatal dari beberapa orang wanita ketika mengadakan IG Live bersama seorang rakyat Palestin tersebut.

 

"Yang komen bukan-bukan dekat bawah ni, korang kenapa? Rumah dia baru kena bom tau! Tolong sensitif sikit. Bodoh mana yang aku tengah live tadi tinggalkan komen 'eh handsome la Yusuf ni'. Mende korang ni? Aku berborak benda yang serious tau! 

"Buat malu orang Malaysia je, kau ingat perangai kau comel ke macam tu buat depan orang Palestin? Garik macam tak pernah jumpa jantan! Tak sensitif langsung korang ni," katanya.

 

Sesi IG Live tersebut diadakan bagi membincangkan isu Gaza bersama seorang rakyat Palestin namun komen yang ditinggalkan beberapa wanita tersebut dilihat mengganggu Haze sehingga menyebabkannya rasa malu dan marah.

Rumah kena bom kot, takkan si tukang komen takda common sense?!

Destination: