"Patutlah Senyap" - Tiktoker Korea, Mama Guy Berdepan Dengan Tuduhan Rogol

HIBURAN
December 26, 2023 - 11:54 AM


Jika anda pengikut setia Tiktoker dari Korea Selatan, @ox_zung, pastinya anda akan tertanya kemana hilangnya jejaka tersebut setelah sekian lama tidak memuat naik hantaran di akaunnya.

Ini kerana, Seo Won Jeong, 27, yang juga dikenali sebagai 'Won Jeong Man', merupakan pengguna TikTok yang paling banyak pengikutnya di Korea Selatan dengan jumlah pengikut sebanyak 55.6 juta.

Selepas videonya tular kerana menjerit, 'Mama!' semasa meniru video pengguna lain, Seo mendapat pengiktirafan di Korea Selatan dan seluruh dunia sebagai 'Mama Guy'.

Namun baru-baru ini, nama Seo muncul dalam berita Korea Selatan sebagai 'Influencer A' yang sedang disiasat atas tuduhan serangan seksual.

SBS melaporkan, 'Influencer A dan seorang lelaki lain telah ditangkap kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita'.

Berita itu juga menjelaskan, 'Influencer A' dan rakannya keluar minum bersama 'wanita B', sebelum membawanya pulang ke rumah dan merogolnya.

Mangsa dikatakan telah menghubungi polis mendakwa dia terdengar bunyi rakaman ketika dia bangun selepas tertidur dan mengesyaki dia telah diserang secara seksual oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Walaupun laporan awal berita awal tidak mendedahkan nama atau wajah Seo, termasuk mengaburkan video liputan, tetapi itu semua sudah cukup untuk membuatkan orang ramai mengenal pasti bahawa 'Influencer A' adalah Seo.

Pada 15 Disember, Seo berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Seo dalam keterangannya menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bahawa hubungan seksual itu adalah suka sama suka.

Pengurusan Seo, SOONENT, masih belum memberikan sebarang kenyataan. Pendengaran mahkamah pertama bagi kes ini akan dijadualkan pada 17 Januari 2024.

 

Sumber: The Reporter

Destination: