Saluran YouTube Monsta Channel Dengan Lebih 13 Juta Subscribers Telah Digodam & Ditukar Nama
HIBURANSaluran Youtuba milik Monsta Channel, yang menjadi platform penyiaran animasi terkenal tanah air seperti BoboiBoy dilapor telah digodam baru-baru ini.
Perkara ini didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak melalui satu hantaran di platform media sosial, X semalam.
Monsta Channel, 13.5 juta subscribers telah digodam dan ditukar ke MicroStrategy US pic.twitter.com/VESqovjq9H
— NizamABDRAZAK (@nizamabdrazak) April 15, 2024
Bukan itu sahaja, Nizam juga mendedahkan nama saluran berkenaan telah ditukar kepada MicroStrategy US. Walau bagaimanapun, Nizam tidak mendedahkan sejak bila saluran berkenaan telah digodam atau diambil alih.
Selain itu, Nizam juga menunjukkan kandungan asal di saluran itu tidak lagi ada, malah ia telah ditukar kepada video-video kandungan yang berbeza yang dipercayai telah dimuat naik oleh penggodam sebagai ganti.
Antara video-video yang dimuat naik adalah mengenai seminar-seminar serta mempromosikan matawang kripto.
Pendedah tentang saluran Monsta Channel digodam ini telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat animasi terbitan Monsta. Ramai yang berharap pihak Monsta berjaya mendapat kembali hak dan kawalan ke atas saluran tersebut.
Terbaru, Monsta telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menyatakan mereka sedang bekerja rapat dengan YouTube bagi mendapatkan semula akaun terbabit berserta kandungan-kandungan yang terjejas.
Monsta juga menjelaskan mereta turut komited untuk meningkatkan sekuriti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
MONSTA Official Statement
— MONSTA™ (@themonstastudio) April 16, 2024
• April 16th, 2024
• #MONSTA Channel YouTube hacked affecting billions of #BoBoiBoy #Mechamato #PapaPipi #FlyWithYaya #AniMY views pic.twitter.com/0Pj6q29yFB
Untuk info, ini bukan kali pertama nama MicroStrategy godam YouTube milik individu lain. Sebelum ini, seorang YouTuber luar negara yang dikenali sebagai Nathaniel Bandy turut menerima nasib sama dan menjelaskan dia berjaya mendapatkan semula akaun miliknya itu.
Sumber: X