"Takda Rasa Malu Ke?" - Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Dikritik Netizen

HIBURAN
June 28, 2024 - 04:36 PM


Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai selebriti dan usahawan popular, Neelofa yang mendapat kecaman dari warga maya ekoran menggunakan gambar yang tidak sopan untuk iklan produk kesihatan dalaman wanita keluaran Nilofa Group. 

Menerusi satu ciapan di X, seorang pengguna berkongsikan gambar iklan produk kesihatan wanita keluaran syarikat tersebut iaitu Isterix. 

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dipercayai buah Aprikot atau Peach itu dilihat menyerupai bentuk kemaluan wanita. 

Gambar-gambar promosi itu juga dapat dilihat di Instagram Nilofa Group yang didakwa mirip dengan alat sulit wanita. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan gambar itu dan meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dilihat. Kebanyakan mereka menganggap ia terlalu keterlaluan kerana dilihat betul-betul menyamai alat sulit wanita.

Ada juga yang mempertikaikan bagaimana gambar sebegitu boleh diiklankan di platform media sosial selain ramai yang meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka iklan sebegitu dikeluarkan oleh syarikat milik Neelofa yang dikenali sebagai seorang muslimah yang berpurdah dan menjaga aurat dengan sempurna. 

 

Sumber: X & Instagram

Destination: