Tanda Solidariti Dan Sokongan, Hot FM Anjur Solat Hajat Untuk Faisal Halim

HIBURAN
May 08, 2024 - 01:21 AM


Satu negara khususnya peminat bola sepak tempatan berasa hiba sebaik mendengar berita terkini berkenaan dengan keadaan pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim yang masih kritikal. Dikhabarkan  pembedahan hari ini berjalan lancar namun Faisal Halim masih berada dalam pemantauan rapi di ICU.

Sebagai tanda solidariti dan sokongan, stesen radio Hot FM akan menganjurkan solat hajat buat pemain bola Faisal Halim, Khamis ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Usaha tersebut itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun rasmi mereka di Instagram. Solat hajat akan diadakan di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya selepas solat Isyak.

"Khamis ini, kami di Hot FM menganjurkan solat hajat buat Faisal Halim atas kejadian yang baru-baru ini menimpa beliau.

"Semua dijemput hadir untuk kita bersama-sama mendoakan kesembuhan buat tonggak negara, Faisal Halim," menerusi hantaran tersebut.

Destination: