16 Penginapan 'Rare' Yang Korang Boleh Enjoy Untuk Cuti-Cuti Malaysia!

June 17, 2020 - 10:36 AM


Siapa dekat sini yang nak join kempen 'Tahun Melawat Malaysia 2020' sebagai tanda sokongan kita sebagai rakyat negara ini? Mesti ramai yang nak zahirkan semangat cintakan negara korang, kan?

Apa kata korang mulakan percutian pada tahun ini dengan memilih destinasi penginapan yang 'rare' seperti bermalam di atas kapal, camping di bawah langit malam dihiasi bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah disentuh manusia?

Jom kita tengok 16 pilihan destinasi penginapan rare yang disenaraikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Twitter rasminya, @MyMOTAC.

1) Classic Malay Home, Kuala Lumpur

Ramai yang tidak tahu wujudnya sebuah rumah kampung tradisional melayu di tengah-tengah bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.

Alamat: 26, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No.Telefon: 012-253 0132

Harga Semalam Dari: RM278

 

2) Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan

Di sini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (khemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.

Alamat: 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

No.Telefon: 06-661 0495

Harga Semalam Dari: RM275

 

3) Rumah Rehat Adeline, Perak

Rumah Rehat Adeline terletak di Kampung Gerutum berdekatan denganSungai Itik, Pahang dan hanya 7 km dari Bandar Gopeng. Di sini anda boleh bermalam di dalam pondok beratapkan nipah.

Alamat: Lot 13302, Mukim Teja, Kampung Geruntum, Sungai Itik, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia.

No.Telefon: 05 - 359 2833

Harga Semalam Dari: RM168

 

4) Canopy Tribes, Johor

Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor.  Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna.

Tidak perlu bawa sleeping bag atau buat unggun api untuk memasak kerana di sini segalanya disediakan bak perkelahan mewah alaf baru!

Alamat: 8, Jalan Lombong, Kampung Jawa, 81900 Kota Tinggi, Johor

No.Telefon: 07-244 3788

Harga Semalam Dari: RM180

 

5) Tubotel, Langkawi

Bilik yang diperbuat daripada pembentung simen makin menjadi trend dunia pelancongan tempatan.

Jika anda berada di Langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur di dalam silinder simen, anda boleh ke Tubotel Langkawi.

Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang

No.Telefon: 014-240 7022

Harga Semalam Dari: RM100

 

6) Philea Resort, Melaka

Philea Resort merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik iaitu menggunakan kayu balak berkualiti tinggi yang terletak di Durian Tunggal, Melaka.

Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka

No.Telefon: 06-289 3399

Harga Semalam Dari: RM412

 

7) Malihom, Pulau Pinang

Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal semasa anda di sana, Malihom Retreat mungkin destinasi tepat yang anda cari untuk sebuah pengalaman mewah serta menyeronokkan.

Alamat: Kiri NT 168, Jalan Bukit Penara, Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Penang

No.Telefon: 04-261 0190

Harga Semalam Dari: RM626

 

8) Tadom Hill Resort, Selangor

Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort yang dikelilingi tasik buatan dan alam semulajadi ini pasti menjadi pilihan utama anda.

Alamat: No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

No.Telefon:  012-522 5728

Harga Semalam Dari: RM212

 

9) Seaventures Dive Resort, Sabah

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.

Alamat: Suite 305, 3rd Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

No.Telefon:  088-251 669

Harga Semalam Dari: RM180

 

10) Cabana Retreat, Sabah

Cabana Retreat Kota Belud, Sabah memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman glamping atau berkhemah dalam serba kemewahan.

Alamat: Jalan Rampayan Laut, 89150 Kota Belud, Sabah

No.Telefon:  013-890 0010

Harga Semalam Dari: RM185

 

11) Caravan Serai, Pahang

Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai dan dikelilingi bukit-bukit hijau.

Alamat: Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

No.Telefon:  014-679 6314

Harga Semalam Dari: RM201

 

12) Time Capsule Retreat, Pahang

Time Capsule Retreat ini terletak di Raub Pahang dan mempunyai konsep unik iaitu menggunakan paip pembentung simen diubahsuai menjadi sebuah bilik yang selesa. Setiap satu biliknya terdapat pendingin hawanya yang tersendiri.

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

No.Telefon:  013-963 8888

Harga Semalam Dari: RM94

 

13) Casabrina Villa, Pahang

Hanya 1 jam dari Kuala Lumpur jika anda memandu ke Casabrina Villa, Pahang iaitu sebuah tempat penginapan mewah di tengah-tengah hutan dara yang pastinya membangkitkan suasana damai dan penuh ketenangan.

Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang

No.Telefon:  016-980 3222

 

14) Sailors Rest, Pahang

Jika anda mencari pengalaman unik untuk bermalam di atas sebuah bot, anda perlu ke Sailor’s Rest Bentong, Pahang.

Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat serta ruang tamunya tersendiri.

Alamat: Lorong Dato' Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang

No.Telefon:  012-360 9227

Harga Semalam Dari: RM250

 

15) Glamz At Genting, Pahang

Ini bukan glamping biasa, tapi glamping yang extra mewah bagi anda yang ingin merasai pengalaman bercamping dengan penuh glamour dan bersuhu sejuk tanah tinggi.

Lokasinya adalah di Glamz At Genting di Jalan Meranti, Genting Highlands.

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

No.Telefon:  012-664 5269

Harga Semalam Dari: RM250

 

16) Chengal Hill Retreat, Pahang

Berbeza dari yang lain, Chengal Hill Retreat adalah sebuah penginapan yang agak viral kerana keunikan reka bentuknya yang sangat menarik di pandang mata.

Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang

No.Telefon:   017-201 5118

Harga Semalam Dari: RM250

 

Sumber: Twitter @MyMOTAC

 

Destination: