4 Resort Terbaik Malaysia Tersenarai Dalam 25 Resort Terbaik Asia

November 01, 2021 - 04:24 PM


Terdapat pelbagai sebab mengapa para pelancong baik tempatan dan antarabangsa susah untuk move on bila bercuti di pulau yang terdapat di Malaysia. Dari putih pantai yang menenangkan, atau keindahan lautan, sememangnya mampu meninggalkan kenangan yang cukup indah buat para pelancong. Baru-baru ini terdapat 4 resort di Malaysia yang tersenarai di antara top 25 resort terbaik di benua Asia menurut Condé Nast Traveler’s 2021 Readers’ Choice Awards!⁠ Jom kita tengok resort mana yang tersenarai!

Desaru Coast, Johor

Ranking: #6

Dibuka pada September 2020, Desaru Coast Johor antara resort tumpuan buat mereka yang ingin melalui satu pengalaman penginapan yang mewah. Tak perlu penerangan yang panjang, resort ini terkenal dengan permandangan laut yang cukup memukau, dan servis persendirian yang ditawarkan bagi setiap suite.

Terdapat 4 jenis suite yang ditawarkan terdiri dari rainforest junior suite, ocean junior suite, rainfprest grand pool suite dan juga ocean grand suite. Memang padan dengan nama, setiap bilik dilengkapi dengan permandangan yang cukup cantik. Selain dari itu, satu pantai eksklusif memang menjadi pilihan ramai pelancong ditambah dengan pelbagai fasiliti dan aktiviti lengkap seperti court tennis, golf, yoga, kickboxing dan pelbagai lagi!

The Ritz-Carlton, Langkawi

Rangking: #7

Salah satu lokasi penginapan mewah yang menjanjikan layanan berkelas 5 bintang, Ritz-Carlton Langkawi yang terkletak di dalam kawasan hutan lebat yang berusia hampir 10 juta tahun menawarkan satu layanan yang mewah di setiap bilik dan villa mereka terutama Rainforest Villa, Beach Villa dan Ocean Front Villa.

Selain dari itu, satu kolam private dilengkapi dengan tempat istirehat outdoor dan sundeck turut menarik perhatian. Setiap villa juga dihiasi dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan Malaysia kontemporari.

The Datai, Langkawi

Ranking: #15

Pulau Langkawi satu lokasi percutian yang tak asing lagi. The Datai Langkawi  satu resort berkelas 5 bintang yang dihiasi dengan penuh elegan pada setiap bilik dan suite. Paling menjadi bualan ramai adalah  Rainforest Pool Villa yang dilengkapi dengan 10 meter private pool, satu ruangan santai outdoor dam juga katil bersaiz King bertilamkan Egyptian cotton linen

Mesti mahal rate-nya kan, jangan risau sebab One-Bedroom Beach Villas juga mampu memberikan satu pengalaman yang sangat selesa dan juga romantik yang amat sesuai untuk mereka yang mencari port honeymoon!

Pangkor Laut Resort, Perak

Ranking: #23

Pangkor Laut Resort adalah satu lokasi penginapan yang sangat eksklusif yang terletak di satu kawasan berhutan lebat dan ditemani biru laut Selat Melaka yang sangat memukau. Amat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula-jadi atau mereka yang memerlukan satu lokasi yang penuh ketenangan.

Setiap villa dan suite yang dibina di atas permukaan laut yang dilengkapi dengan kemudahan asa, wifi, dan juga 'in-room climate control'. Terdapat 7 bilik yang cukup cantik untuk anda pilih! Baik untuk percutian keluarga ataupun pasangan!

Destination: