5 Lokasi Penginapan Yang Tenang & Jauh Dari Orang Ramai!

November 09, 2021 - 05:27 PM


Pada ketika ini, ramai orang sedang dalam mood bercuti dan ambik peluang berjalan-jalan di sekitar negara sejak pengumuman dah boleh rentas negeri ini kan. Tapi, mesti ramai jugak yang nak sangat bercuti tetapi pada waktu yang sama risau akan keselamatan diri dan keluarga akibat Covid-19.

Senarai lokasi penginapan kali ini, sesuai untuk korang yang sukakan ketenangan dan jauh dari khalayak atau perhatian orang ramai. Memang sesuai sangat untuk yang solo travel ataupun mereka yang berpasangan atau berkeluarga.

1. Tanah Larwina, Selangor

Memang sesuai sangat untuk warga Lembah Klang yang malas nak beresak-esak rentas negeri. Tertetak di Hulu Langat dan tak berapa jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Yang bestnya di sini ada aliran sungai yang menenangkan dan juga satu ladang ternakan yang penuh dengan pelbagai haiwan yang comel! Korang yang sukakan camp fire atau semula jadi, tak perlu pening kepala lagi dah!

2. The Log Cabin, Melaka

Terletak di Bandar Warisan Unesco Melaka, memang sesuai untuk korang yang sukakan kelainan! Baik bercuti dengan keluarga atau pun rakan-rakan. Infrastruktur dan hiasan dalaman yang berasaskan kayu, pasti dapat memukau dan memikat hati anda. Cukup tenang dan banyak spot menarik untuk korang bergambar! Lagi-lagi yang kaki instagram tu.

3. Honeymoon Hobbit Chalet, Sabah

Hobbit? Macam pernah dengar kan? Tak perlu terbang jauh ke New Zealand untuk merasai vibe bercuti di Middle-Earth macam dalam Lord of The Rings tu! Honeymoon Hobbit Chalet di Sabah ini memang terinspirasi dari film fantasi terkenal itu! Ditemani dengan permandangan yang memukau Gunung Kinabalu. Tak perlu cerita panjang, korang kena rasai sendiri pengalaman menginap di sini!

4. Spyder Hill, Negeri Sembilan

Terletak di pinggir Hutan Simpan Berembun Negeri Sembilan dan di hujung banjaran Titiwangsa, terdapat satu villa kayu yang cukup indah dan menenangkan. Permandangan yang cukup memukau dan suasana yang santai menjadi daya tarikan villa ini. Selain itu, berkedudukan 300 m di atas paras laut, suhu pada waktu malam kat sini memang sejuk! Memang ngam la kalau korang nak berehat sambil menikmati air coklat panas. Yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh jungle-trekking!

5. Bambu Getaway, Kedah

Dikelilingi luas sawah padi yang menghijau di Langkawi, Bambu Getaway memang sesuai untuk korang yang sukakan satu penginapan yang tenang ditemani permandangan yang cukup memukau. Dihiasi dengan keindahan tropikal, memang banyak spots untuk korang bergambar untuk simpan menjadi kenangan! Bambu Getaway sememangnya membawa vibe hidup di kampung!

Destination: