6 Rekod Yang Dipegang Hotel-Hotel Di Malaysia, Yang Last Tu Pelik-Pelik Je

April 08, 2021 - 03:05 PM


Haa, siapa kata hotel-hotel dalam Malaysia ni biasa-biasa je? Sebenarnya ada 6 rekod yang hebat yang dipegang beberapa hotel di Malaysia. Ada yang memegang Rekod Dunia Guinness, dan ada juga yang memegang rekod di dalam The Malaysia Book of Records. 

Berikut adalah hotel-hotel yang memegang rekod-rekod yang menarik dalam Malaysia: 

Red by Sirocco, Kuala Lumpur 

Hotel yang terletak di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur ini memegang rekod di dalam The Malaysia Book of Records untuk mural tertinggi di Malaysia yang dilukis di sisi bangunan hotel tersebut. Mural yang berukuran 87.1 meter panjang dan 20.6 meter lebar itu dilukis dengan tema Malaysia sebagai negara tropika. 

Mural tersebut dilukis 10 jam setiap hari selama hampir sebulan oleh pelukis tempatan Kenji Chai. 

First World Hotel, Genting Highlands

First World Hotel ini memang tidak asing lagi bagi korang yang suka naik Genting untuk hirup udara tanah tinggi itu. Hotel yang berwarna-warni ini memegang 2 rekod, satu di dalam The Malaysia Book of Records dan satu lagi pada Rekod Dunia Guinness. 

Hotel ini memegang Rekod Dunia Guinness hotel terbesar di dunia dengan 7351 bilik. Sebenarnya satu ketika dulu First World pernah memegang rekod yang sama dengan 6118 bilik, namun dikalahkan dengan hotel lain selepas itu. Tetapi dengan pembinaan menara baru Tower 2 Annex dengan tambahan 1233 bilik, First World Hotel kini kembali menjadi hotel terbesar di dunia. 

First World turut memegang rekod di dalam The Malaysia Book of Records untuk penggunaan Sistem Air Panas Boleh Diperbaharui (Renewable Hot Water System) terbesar di Malaysia. Wow!

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Hotel vila atas air ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang mencari percutian yang privasi dan tenang sebab lokasinya yang cantik dan rekaan vila yang sangat sempurna untuk luangkan masa, sama ada berseorangan ataupun dengan keluarga. 

Lexis Hibiscus memegang 2 Rekod Dunia Guinness tau! Jangan main-main. Resort berbentuk bunga raya itu memegang rekod untuk jumlah kolam renang paling banyak di dalam satu resort dengan 643 kolam renang, dan jumlah vila atas air paling banyak di dalam satu resort, 522 vila.

Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi

Bangi Resort Hotel ini memegang rekod di dalam The Malaysia Book of Record yang agak pelik. Sebenarnya tak tahu nak kata rekod ini satu benda yang baik untuk dipromosikan, ataupun tidak. Apa pun, Bangi Resort Hotel memegang rekod untuk hotel pertama di Malaysia yang diiktiraf mesra durian. Disebabkan banyak hotel yang melarang tetamu untuk membawa durian ke dalam hotel disebabkan baunya yang sangat kuat, hotel ini menjadi hotel pertama yang mengalu-alukan durian. 

Menarik untuk pencinta durian, tapi yang tak suka bau durian, macam mana? Hehe

Destination: