Anda Peminat Filem 'The Lord Of The Rings'? Jom Bercuti Ke Rumah Hobbit Di Sabah Ini!

January 21, 2020 - 11:12 AM


Siapa dekat sini peminat filem 'The Lord of the Rings' dan paling gemar dengan watak 'The Hobbit'?

Korang nak tak pengalaman menginap di bilik yang seumpama rumah The Hobbit seperti dalam filem berkenaan?

Kalau ya, mungkin korang boleh bercuti ke Kundasang, Sabah kerana di sana terdapat sebuah tempat penginapan unik yang berkonsepkan pondok kecil iaitu 'HUMBLE HOBBIT HOME'!

Ia terletak hanya 15 km dari Ranau dan kira-kira 97 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Humble Hobbit Home yang dimiliki Abode B-Inspired itu boleh memuatkan sehingga 4 orang pada satu-satu masa.

Biliknya mempunyai satu katil besar double-bed, satu katil single dan satu katil dua tingkat.

Memandangkan penginapan di situ adalah ala-ala untuk individu bersaiz Hobbit iaitu rendah dan kecil, maka biliknya juga mungkin kelihatan agak sesak namun masih sesuai untuk sekumpulan kecil rakan-rakan atau pasangan yang mempunyai satu atau dua orang anak.

Istimewanya, Humble Hobbit Home mempunyai lokasi yang paling sempurna sekiranya korang ingin menghabiskan waktu dingin di pagi hari atau petang sambil menikmati pemandangan indah gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. 

Pondok ini juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan perkhidmatan tuala serta sebuah mini pantri.

Jika korang nak buat barbeku ketika bercuti di situ, terdapat juga sebuah teres yang boleh digunakan dan untuk hiburan korang boleh menonton TV flat-screen yang disediakan.

Harga bagi Humble Hobbit Home adalah antara RM220 hingga RM250 untuk setiap malam.

Jika berminat korang boleh membuat tempahan menerusi Facebook B-Inspired Abode Kundasang atau WhatsApp di +60 16-588 1863.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, jom pakat-pakat dengan kengkawan kita terbang pi Sabah sekarang!!

 

Destination: