Bercuti Penuh Gaya Di 5 Hotel Butik Di Malaysia Ini!

December 06, 2019 - 12:46 PM


Pepatah ada mengatakan, “jangan menilai sesuatu dari paras rupa” dan ini juga boleh digunakan sekitanya anda mencari hotel atau penginapan untuk percutian anda. Menurut pengalaman, adakalanya hotel nampak biasa dari luaran tapi dalamannya sangat menarik dan adakalanya luaran nampak cantik, tetapi dalamannya tidak seindah luaran.

Trend percutian sekarang boleh dikatakan berubah yang mana orang ramai lebih memilih untuk tinggal di hotel yang cantik serta mempunyai konsep yang menarik dan disebabkan ini, wujudnya banyak hotel butik. Untuk anda yang belum faham apa itu hotel butik, ia adalah sebuah konsep hotel yang mana ianya tidaklah besar namun mempunyai tema, gaya dan sesuatu yang unik untuk ‘dijual’ kepada bakal tetamu mereka.

Di Malaysia sendiri, kita mempunyai banyak hotel butik yang membawa konsep tersendiri dan kebiasaannya butik hotel ini mempunyai kurang daripada 100 buah bilik.

Sempena menyambut tahun melawat Malaysia tahun 2020 atau VM2020 nanti, kami senaraikan 10 butik hotel pilihan yang ada di Malaysia.

#1. Ambong – Ambong, Langkawi

Pemenang ‘The Travellers’ Choice’ tahun 2019 ini merupakan salah satu butik hotel yang terdapat di Langkawi. Apa yang membuatkan ia menarik adalah lokasi unit – unit kediamannya berada di hutan hujan dan didirikan di tebing bukit. Ini secara tak langsung menjanjikan pemandangan laut dan perairan Langkawi yang cantik.

Buat masa ini, ada 11 unit penginapan yang ditawarkan, 2 kotej dan 3 suites hutan hujan dan 6 unit studio. Setiap kotej mempunyai ruang rehat dalaman dan luaran untuk keselesaan tetamu salain verandah yang menghadap Laut Andaman.

Harga permulaan; RM980 untuk unit studio termasuk sarapan.

 

#2. Terrapuri, Terengganu

Sebelum ini, kami ada kongsikan pengalaman bermalam di hotel unik di Pantai Penarik Terengganu ini. Terrapuri, merupakan projek konservasi dan pemulihan rumah – rumah tradisional Terengganu dan menariknya; susun atur setiap unit di sini adalah diinspirasikan oleh susunan Istana Terengganu pada abad ke-17.

Terrapuri terdiri daripada 20 unit villa yang asalnya merupakan rumah atau istana asal di Terengganu.

Baca review penuh kami mengenai Terrapuri disini.

 

#3. Hotel Estadia, Melaka

Estadia by Hatten ini merupakan hotel bertemakan Baba Nyonya terbaik di Melaka. Terletak di tengah bandar Melaka, rekaan hiasan dalaman hotel ini mengetengahkan konsep dan gaya Baba Nyonya.

Selain itu, terdapat juga restoran berkonsepkan makanan Baba dan Nyonya di lobi hotel.

 

#4. Seven Terrace Hotel, Pulau Pinang

Terletak di Geogetown, Pulau Pinang, Seven Terrace Hotel ini merupakan pemenang anugerah UNESCO pada tahun 2007 dalam aspek pemuliharaan warisan serta sentiasa berada dalam senarai hot list Conde Nast, sebuah majalah travel luar negara.

Konsep yang dibawakan hotel ini adalah kebudayaan masyarakan peranakan selain terletak di lokasi yang sememangnya terkenal sebagai salah sebuah bandar warisan dunia.

 

#5. The Ranee B, Sarawak

Hotel butik berkapasiti 24 bilik ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu bandar lama Kuching. Dibina di dua buah unit rumah kedai tradisional abad ke-19, hotel ini mempunyai rekaan dalaman yang moden serta menawarkan penginapan yang selesa.

Keunikan The Ranee terletak pada setiap unit penginapannya kerana setiap bilik adalah berbeza dan mempunyai karakter serta daya tarikan yang tersendiri