Bosan Duduk Di Hotel Normal? Apa Kata Korang Try 5 Hotel Terapung Yang Ada Di Malaysia
Rakyat Malaysia sekarang ni hanya boleh pergi melancong dalam negara sahaja. Untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain, kita tidak dibenarkan untuk keluar dari negara ini, apatah lagi untuk pergi melancong. Jadi dah ramai yang booking duduk hotel, pergi bercuti dan sebagainya. Min dapat komen dari seorang kawan yang mengatakan dia dah bosan la duduk hotel-hotel dekat Malaysia ni, lebih kurang je. So di sini min nak bagi recommendation 5 hotel terapung yang korang boleh pergi dalam Malaysia.
5. Seaventure Dive Rig
Nak unik sangat kan? Nah, tidur la korang atas pelantar minyak ni. Hotel yang unik ni terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Dan disebabkan korang berada di tengah laut, aktivitinya pun di laut juga. Korang boleh snorkeling atau diving di lokasi ini. Dan yang paling best sekali korang boleh terjun direct dari atas pelantar tu tau. Apa macam? Ada berani?
4. Berjaya Langkawi Resort
Untuk korang yang minat nature tu boleh la try datang sini. Best tau belakang resort ada hutan. Dan korang boleh pergi berjalan dalam hutan tu (bersama tour guide) untuk lihat keindahan flora fauna di sana. Macam biasa aktiviti lain adalah scuba diving dan snorkeling. Tapi uniknya, hotel ni juga ada Underwater World Langkawi (akuarium) untuk korang berjalan-jalan dengan family atau pasangan. Tak puas berjalan lagi? Ada muzium 3D beb untuk korang lawat. Memang lengkap habis hotel ni.
3. Grand Lexis Port Dickson
Ni lagi satu hotel terapung yang unik. Walaupun korang boleh mandi laut di sini, korang tahu tak hotel ni ada dalam The Malaysia Book of Records untuk kolam renang paling banyak dalam Malaysia? Ya betul tu, ini kerana kebanyakan bilik disediakan kolam peribadi untuk korang bersuka ria. Kepada kaki cycling, korang boleh sewa basikal dekat sini untuk berjalan-jalan. Selain tu boleh juga lawat Hutan Simpan Tanjung Tuan, Raptor Bird Sanctuary, dan Oceanic Mall Port Dickson.
2. Avani Sepang Gold Coast
Kalau ada duit lebih, boleh la datang ke tempat ni. Hotel ni memang buatkan korang rasa hidup mewah. Seni bina dan astetik hotel ni sangat kemas dan cantik. Bilik yang luas, dan pemandangan yang sangat cantik. Ada juga infinity pool untuk korang berenang sambil melihat matahari terbenam. Dia punya feeling tu, serious lain macam. Selain tu, korang juga boleh melawat ladang-ladang sekitar kawasan hotel, pergi ke spa, dan pusat kecergasan. Semua lengkap la senang cerita.
1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Hotel legend yang dikenali ramai di Malaysia. Memang selalu penuh hotel ni. Kepada korang yang inginkan privasi, boleh datang ke sini kerana setiap bilik ada kolam renang sendiri. Tak perlu nak share dengan orang lain. Bukan tu je, ada juga sauna untuk korang nikmati selepas penat bermain atau beriadah. Dan pemandangan dia tak payah cakap lah, memang cantik dan memukau mata. Korang kena try duduk sini at least sekali seumur hidup.
Hotel Terapung Mana Yang Korang Nak Pergi?
Jadi itulah dia hotel terapung yang ada di Malaysia. Hopefully lepas ni korang dah tak rasa jemu untuk pergi bercuti dalam Malaysia. Ada banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang ramai tak tahu. Yelah, sebelum ni semua fokus nak pergi negara luar kan, lokasi unik dalam negara sendiri pulak yang terlepas pandang. Apa pun kalau korang pergi bercuti, ingat jaga SOP dan jangan lupa pakai mask okay? Have fun!