Hotel Bertemakan Bruce Lee Bakal Dibuka Di Sabah 2021

January 30, 2020 - 11:46 AM


Sebuah hotel bertemakan ikon seni mempertahankan diri, Bruce Lee bakal didirikan di Penampang, Sabah pada tahun hadapan.

Echarm Plus Hotel Penampang merupakan sebuah hotel bertaraf 4.5 bintang dan sekiranya siap nanti, ia akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia! Difahamkan, hotel ini nanti bakal mempunyai 559 buah bilik dan suites dan 135 daripadanya adalah mempunyai hiasan dalaman yang diinspirasikan oleh Bruce Lee.

Mungkin begini konsepnya ? 

Selain itu, hotel ini akan mempunyai sebuah coffee lounge yang diberikan nama “The Dragon” selain pelbagai lagi kemudahan dan tarikan seperti dewan bankuet, kolam infiniti, taman tema dalaman serta rooftop bar tertinggi di Sabah dan Sarawak.

Salah sebuah cawangan Echarm Plus di China

Echarm Plus Hotel merupakan sebahagian daripada projek pembangunan oleh Thema City yang bernilai RM1 billion dan ia akan turut mempunyai D’60 iaitu sebuah ‘street mall’ yang bertemakan tahun 1960-an dan ia akan menjadi kawasan menjual makanan terbesar di Kota Kinabalu.

Difahamkan, keseluruhan projek ini mempunyai 3 fasa dan fasa pertama dijangka siap pada 2021.

Destination: