Hotel Mewah Berbentuk Bakul Piknik Bakal Dibuka Di Ohio Tahun 2020

October 30, 2019 - 01:25 PM


Ini bukan bakul untuk dibawa pergi berkelah ya, tetapi bakal menjadi sebuah hotel mewah yang akan dibuka pada tahun hadapan!

Mempunyai rekabentuk unik dan menarik, bangunan 'bakul' setinggi 7 tingkat di Ohio, Amerika Syarikat ini akan dilengkapi dengan 150 bilik hotel, kolam renang, restoran, pusat kecergasan dan auditorium.

Bagi yang sukakan sebuah pengalaman percutian yang 'rare', mungkin hotel ini boleh menjadi destinasi pilihan penginapan anda untuk menghabiskan malam-malam indah di dalam sebuah bakul piknik gergasi.

Bangunan seluas 180,000 kaki persegi ini telah dibina pada tahun 1997 dan dahulunya milik sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Company.

Walau bagaimanapun, syarikat itu telah berpindah dari bangunan tersebut pada 2016 dan ia ditutup 2 tahun kemudian.

Kini, ia dimiliki oleh pemaju hartanah, Coon Restoration & Sealants dan mereka dalam proses untuk mentransformasikan bakul itu menjadi sebuah hotel menjelang tahun 2020.

Sumber: Dailymail.co.uk

 

Destination: