Khas Untuk Pasangan Nikah PKP, 10 Resort Romantik Untuk Honeymoon!
Mesti ramai pasangan yang baru kahwin lagi-lagi lepas PKP ini kan! Ramai juga yang pening kepala tak tahu nak ber'honeymoon' di mana. Jangan risau, tak perlu pening kepala fikirkan mana lokasi yang sesuai untuk korang menyulam cinta hehehe...List di bawah semuanya lokasi yang sesuai untuk Honeymoon dan paling best, dilengkapi dengan kolam renang peribadi!
1. Lexis Suite Penang
Lepas pernikahan, mesti korang nak luangkan masa bersama yang tersayang jauh dari orang ramai kan. Antara lokasi yang dicanang-canang mempunyai permandangan laut yang terbaik, The Lexis Suite Penang wajar menjadi pilihan anda!
Dihiasi dengan tema yang agak moden dan mewah, permandangan cantik Bayan Lepas, dilengkapi kolam renang peribadi, balkoni yang ditemani dengan permandangan panorama yang menakjubkan dan juga bilik bilik wap di setiap 222 suite. Selain itu, dua katil empuk bersaiz king ditawarkan. Anda lapar tapi malas nak keluar hotel? jangan risau anda juga boleh dine-in di restoran hotel.
Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Contact: +604 628 2888
2. The Orchard Wellness & Health Resort, Melaka
Kalau anda meniginkan satu percutian yang tenang dan santai, The Orchard Wellness & Healt Resort adalah lokasi yang sempurna. Dikelilingi tumbuhan hijau, anda boleh bercuti sambil beryoga dan juga join program fitness yang ditawarkan. Agak-agak dah penat, anda boleh berehat baik badan dan minda di spa. Bilik yang ditawarkan cukup luas dan dihiasi dengan penuh gaya. Kalau poket tebal, anda boleh menginap do Luxury Villa yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi.
Untuk lengkapkan percutian anda, anda boleh enjoy breakfast yang dihidangkan di restoran yang cukup mewah. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan seperti makanan Malaysia dan juga antarabangsa.
Alamat: 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100 Melaka
Contact: +606 552 8999
3. Banjaran Hotspring Retreat Ipoh
Terletak hanya 15 minit dari Bandar Ipoh, Banjaran Hotpring Retreat adalah satu lokasi yang cukup menenangkan. Dikelilingi hutan tropika dan juga terkenal dengan kolam air panas dan kolam renang panas secara semula jadi. Anda juga boleh enjoy mandi-manda di gua wap dan mandian ais.
Villa resort mewah ini menawarkan 45 villa dan terdapat tiga jenis villa yang sesuai dengan bajet anda! Setiap villa mempunyai daya tarikan tersendiri. The Lake Villa dilengkapi dengan permandangan tasik yang memukau, Water Villa yang menghadap terusan air yang menenangkan, manakala Garden Villa merupakan villa yang paling besar, dilengkapi dengan permandangan gua dan hutan yang lebat! Setiap penginapan dilengkapi dengan kolam renang peribadi, hot tub outdoor.
Alamat: No 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Ipoh, 31150 Perak
Contact: +605 210 7777
4. Borneo Beach Villa, Kota Kinabalu
Villa indah ini mampu membawa anda ke satu pengalaman penginapan yang cukup indah ditemani dengan pasir putih dan permandangan pantai yang memukau! Kalau anda mencari satu lokasi honeymoon yang romantik, anda boleh pilih Spa Suites dimana bilik ini dilengkapi dengan balkoni peribadi yang berlatarbelakangkan permandangan matahari terbenam di waktu senja, bilik wap peribadi dan juga tab panas.
Alamat: Pool Villa 161, Precinct Dillenia, Jalan Sepanggar Bay, Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Contact: +6016 832 9302 / +60 16 832 9340
5. Mangala Resort & Spa Kuantan
Kalau anda meninginkan suatu kelainan ketika bercuti, anda boleh cuba menginap di Managala Resort & Spa yang terletak di satu kawasan yang eksklusif dan di tengah hutan tropika. Villa ini dihiasi dengan unsur semula-jadi yang menjanjikan pengalaman peribadi yang tenang dan sunyi dari orang ramai.
Resort 5 Bintang ini menawarkan 67 villa mewah eksklusif dan setiap villa di hiasi dengan deck kayu yang memukau dengan permandangan tasik atau hutan. Kalau anda teringin berendam di kolam renang peribadi, boleh pilih Vana Pool Villa atau Amani Pool Villa. Selain dari itu, anda juga boleh enjoy aktiviti yang disediakan seperti kayak, berbasikal ataupun bird watching.
Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Contact: +609 505 7788
6. JapaMala Resort, Pulau Tioman
Terletak betul betul di dalam hutan tebal, di persisiran Laut Cina Selatan, JapaMala Resort adalah kabin kayu yang cukup menawan dan dilengkapi dengan permandangan laut yang indah dan pokok-pokok yang tinggi. Setiap unit menawarkan beranda dan shower indoor, dan terdapat juga bilik yang menawarkan shower outdoor, tab mandi, dapur dan tab panas.
Untuk anda yang meninginkan masa yang intim bersama pasangan, anda boleh pilih Jungle Luxe Sarang Villa atau Hillside Sarang villa yang menawarkan kolam renang peribadi. Selain itu, terdapat juga spa untuk manjakan diri dan aktiviti menarik seperti menyelam, jungle treking ataupun snorkeling.
Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang
Contact: +609 419 7777
7. Bunga Raya Island Resort, Pulau Gaya
Yang dulunya dikenali sebagai hidden gem, resort spa mewah yang berhadapan pantai ini sekarang dikenali sebagai salah satu lokasi penginapan yang cukup menenangkan dan memuaskan hati. Terletak di pulau Bunga Raya, resort ini mempunyai pantai dengan pasir yang cukup putih dan juga ditemani hutan yang tebal. Permandangan di sini sememangnya indah baik view hutan hijau ataupun biru laut.
48 Villa yang diperbuat dari kayu balak ini cukup memaparkan bertapa istimewanya arkitektur Borneo yang disempurnakan dengan pantai, bilik bersiling tinggi, membolehkan angin laut mengisi ruang bilik penginapan anda. Memang sesuai untuk pasangan honeymoon!
Alamat: Polish Bay, Gaya Island, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu, Sabah
Contact: +6088 380 390
8. Lexis Hibiscus, Port Dickson
Tak perlu cerita banyak la kan mesti ramai yang dah tahu pasal Lexis Hibiscus di Port Dickson. Dilengkapi dengan pantai Pasir Panjang, Villa yang terapung di atas air laut berwarna turqoise pasti dapat memukau setiap pengunjung. Villa yang telah memenangi pelbagai anugerah ini menawarkan 639 bilik yang penuh gaya dan dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan bilik wap.
Selain dari bersantai di pantai, anda juga boleh teroka pelbagai aktiviti luar yang cukup menarik seperti berbasikal, memanah dan juga menaiki helikopter sambil menikmati permandangan yang cukup menawan
Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan
Contact: +606 660 2626
9, Tasik Villa International, Port Dickson
Villa yang terletak di kawasan tasik yang cukup menenangkan dan terdapat pelbagai kebun tanaman yang menghijau. Villa ini menawarkan pelbagai jenis bilik seperti private water chalets, villa ataupun clubhouse rooms. Terdapat 78 villa dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan juga 48 jakusi peribadi.
Kalau percutian keluarga, lebih sesuai kalau anda menginap di Family Villa. Selain itu terdapat fasiliti asas seperti gym dan juga spa!
Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Contact: +606 644 8888
10. Maneh Villa Private Pool, Langkawi
Anda masih mencari satu lokasi yang sesuai untuk meraikan insan tersayang? Maneh Villa yang terletak cukup hampir dengan Pantai Cenang menawarkan satu penginapan yang eksklusif dan romantik! Terdapat 8 jenis villa yang boleh anda pilih. Setiap penginapan dilengkapi dengan kolam renang, dikelilingi taman tropika, satu ruang makan dan juga balkoni dan teres.
Rasai sendiri pengalaman menginap di sini yang cukup jauh dari orang ramai dan yang paling best makan breakfast terapung!
Alamat: Lot 1240 Kampung Tasik Anak Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Contact: +604 955 1967
Sumber: Havehalawilltravel