Kini Anda Boleh Rasai Sendiri Bagaimana Bermalam Di Rumah 'Home Alone'!

December 07, 2021 - 05:57 PM


Rasanya satu dunia pernah menonton satu filem yang menjadi fenomena zaman kanak-kanak dulu khususnya ketika sambutan Hari Krismas iaitu Home Alone! Filem yang ditayangkan pada tahun 1990 masih menjadi pilihan penonton lebih-lebih lagi menjelang Krismas. 

Kalau anda ingin merasai macam mana bermalam di dalam rumah yang terkenal itu, kini Airbnb memberi anda peluang meraikan Hari Krismas di dalam rumah tersebut!

Rumah yang menjadi latar tempat dalam filem Krismas itu akan membuka pintunya kepada empat orang yang berminat mahu menyewanya pada bulan Disember ini. Pengunjung boleh menyewa selama satu malam dengan harga yang cukup berbaloi iaitu lebih kurang Rm 106 sahaja! Tempahan mula dibuka pada 7 Disember melalui Airbnb

Rekaan dan hiasan dalaman rumah tersebut menyamai dengan keadaan rumah dalam filem tersebut. Memang anda akan bermalam seperti watak utama dalam fiem Home Alone! Bila lagi nak jadi macam Kevin

Selain itu, Devin Ratray yang berlakon menjadi abang kepada watak Kevin McCalister dalam filem itu dilaporkan akan menyambut tetamu bertuah itu nanti.

Sumber: CNN & Airbnb

Destination: