Lato Lato Resort - Satu Lagi Resort Terapung Cantik Di Semporna
Sabah merupakan salah satu negeri yang mempunyai pulau-pulau cantik yang mendapat perhatian dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Resort-resort di Sabah sememangnya memukau dan di sini terdapat lagi satu resort di atas laut yang korang patut pergi iaitu Lato Lato Resort. Ini merupakan satu-satunya resort yang mempunyai pemandangan Tun Sakaran Marin Park.
Di sini korang akan duduk di 'water bungalow' dan korang boleh terjun ke dalam laut bila-bila masa je yang korang nak dari bilik korang. Jangan risau, airnya tidaklah dalam sangat. Dan bila duduk di sini, korang juga akan diberi peralatan snorkeling percuma, jadi keselamatan korang lebih terjamin dan dapat menikmati keindahan di bawah laut.
Makanan breakfast, lunch, dan dinner juga turut disediakan. Malah kalau korang nak BBQ pun ada peralatan untuk korang guna. Terdapat 3 jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu Standard untuk 2 orang, Family untuk 3 orang, dan Big Room untuk 4 orang. Yang paling best korang boleh berkayak di atas sampan lutsinar tau, memang cantik untuk bergambar.
Kalau korang nak pergi ke resort atas air yang cantik dan memukau, Lato Lato Resort memang berada di top of the list la orang kata. Memang sangat best, makanan semua disediakan dan lokasi ini sesuai untuk korang yang ingin vacation jauh dari bandar. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lihat laman web rasmi mereka dan media sosial di bawah.
Alamat: Pulau Bum Bum 91308 Semporna Settlement, Sabah