Marakau Cabin - Kabin Ajaib Di Kaki Gunung Kinabalu

November 24, 2020 - 08:36 AM


Kalau korang seorang pencinta alam, pastinya korang mengimpikan penginapan yang yang dipenuhi permandangan yang menghijau dan dipenuhi dengan tumbuhan flora & fauna. Lebih mengujakan apabila penginapan tersebut berlatar-belakangkan sebuah gunung yang terkenal di Sabah. Semua ini boleh didapati di Marakau Cabin.

Cabin yang terletak 3km dari Pekan Ranau itu diilhamkan oleh anak tempatan sendiri. Menariknya disini, cabin ini sememangnya terletak berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Bayangkan perasaan korang bila pada waktu pagi, menikmati secawan teh sambil menikmati permandangan hijau yang cukup memukau. Cukup menarik bukan.

Menawarkan harga yang serendah RM80 semalam, Marakau Cabin ini sering dikunjungi oleh para pengunjung yang cinta akan keindahan alam dan juga cuaca sejuk di kaki gunung. Selain itu, sekiranya korang ingin mengadakan barbekue, boleh juga dilakukan disini. Jika kena pada masanya, mungkin anda juga berpeluang merasai kemanisan buah-buahan dusun yang berdekatan dengan cabin ini.

Pemilik kepada Cabin, Gilbert Leong mengatakan, konsep cabin ini tercetus apabila hobi beliau dalam menerokai ala fauna menaiki pacuan empat roda sewaktu melalui kawasan ini suatu ketika dahulu. Selain menjanjikan permandangan yang indah, kawasan cabin ini sangat sesuai untuk mengambil gambar pada waktu malam kerana dihiasi dengan cahaya lampu pelbagai warna bagi menaikkan lagi seri tempat ini.

Jadi kepada korang diluar sana yang inginkan pengalaman minum teh di waktu pagi sambil menghirup udara segar dari Gunung Kinabalu boleh lah datang ke sini dan abadikan kenangan ini di dalam salah satu pengalaman berharga dalam hidup anda.

Destination: