Nusakuya - Resort Di Tengah Laut Yang Menjadi Kegilaan Kaki Travel
Sabah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan lokasi-lokasi menarik dan hidden gem di Malaysia. Malah orang dari luar negara juga seringkali memberi pujian terhadap kecantikan dan keindahan pulau-pulau yang ada di Sabah. Tapi kali ini kita tak akan bercerita tentang pulau, sebaliknya min nak bercerita mengenai sebuah reosrt terapung yang menjadi kegilaan ramai dan ada dalam wishlist setiap traveller sekarang ni.
Nusakuya Resort terletak di Semporna dan dikelilingi oleh air laut yang sangat jernih dan cantik. Bila korang duduk di resort ni, korang akan dapat package makanan termasuklah breakfast, lunch, dan juga dinner. Malah korang akan dapat pengangkutan bot dari jeti Semporna dan snorkeling equipment juga. Ada lagi yang korang boleh tambah seperti pengangkutan dari airport di Tawau atau dari lokasi lain.
Bagi bilik pula, terdapat double room yang boleh memuatkan 2 orang dan triple room untuk 3 orang. Setiap bilik didatangi dengan balkoni dan tangga yang tersendiri untuk korang turun dan berendam di dalam air laut bila-bila masa sahaja yang korang nak. Dan kalau korang nak datang sini untuk hari special seperti anniversary, mereka juga ada buat servis dekorasi bilik untuk korang.
Terdapat juga pakej untuk lobster sunset dinner bagi korang yang ingin makan sambil ditemani pemandangan memukau sunset di tengah-tengah laut ni. Selain tu, ada pakej untuk BBQ bagi mereka yang inginkannya. Antara fasiliti lain disini adalah lounge area di mana korang boleh duduk di kerusi yang disediakan dan nikmati pengalaman sun bathing di sini.
Senang cerita, Nusakuya Resort ini memang sangat unik, mempunyai design cantik, dan memang tak hairanlah resort ni boleh viral dalam kalangan kaki travel. Kalau korang nak pergi ke sini pada masa akan datang, boleh pergi ke laman web rasmi mereka di bawah dan jangan lupa untuk hubungi pihak pengurusan bagi servis tambahan yang korang mahukan. Enjoy!