Siapa Kata Malaysia Takde Kampung Pelangi? Di Kundasang, Sabah Ada Kotej Warna-Warni

August 13, 2020 - 01:17 PM


Siapa yang pernah melancong ke Indonesia atau Korea Selatan, mesti pernah dengar tentang tarikan pelancongan mereka yang popular iaitu Kampung Pelangi atau Rumah Warna-Warni yang sangat 'instagramabble'.

Tetapi memandangkan ketika ini kita berada dalam fasa PKPP dan pintu sempadan pun masih belum dibuka untuk kita bercuti ke luar negara, apa kata korang pergi sahaja ke D' La Sri Cottage, Kundasang, Sabah.

Ini kerana kotej atau rumah yang reka bentuk­nya berunsurkan rumah petani Inggeris yang menjadi konsep D' La Sri Cottage juga berwarna-warni persis seperti sebuah perkampungan pelangi yang ada di Indonesia dan Korea Selatan. 

Bahkan suasana persekitarannya yang berada di tanah tinggi Kundasang juga cukup dingin seperti di luar negara. Jadi memang sesuai sangat kepada korang yang rindukan percutian ala-ala musim sejuk.

Untuk pengetahuan korang, D' La Sri Cottage ini merupakan produk pelancongan baharu di Kundasang dan ianya baru sahaja dibuka pada penghujung November 2019.

 

D' La Sri Cottage menawarkan penginapan sebanyak 22 buah bilik pelbagai jenis seperti :

- Double Room

- Family Chalet

- Family Room (4, 5, 6 Pax)

Kesemua bilik penginapan di sini dilengkapi dengan kemudahan WiFi, balkoni, bilik air, cerek elektrik, seterika dan papan seterika.

D' La Sri Cottage turut menyediakan kereta 4x4 untuk mengambil tetamu dari jalan besar ke chalet disebabkan jalan masuk ke sana agak mencabar dan kurang sesuai untuk penggunaan kereta kecil.

Jika korang lapar, jangan risau kerana D' La Sri Cottage juga ada menawarkan restoran untuk korang menjamu selera atau kalau korang nak masak sendiri dan buat barbeku, mereka turut menyediakan dapur untuk para tetamu.

Selain menikmati suasana kehijauan alam semulajadi dan pemandangan indah gunung-ganang serta mendengar desiran aliran sungai yang mengelilingi chalet warna-warni itu, tetamu juga berpeluang untuk mengunjungi beberapa destinasi tarikan pelancongan yang terkenal di Kundasang seperti :

1) Sosodikon Hill Kundasang - 8 min pemanduan

2) Desa Cattle Dairy Farm - 14 min pemanduan

3) Kundasang War Memorial - 15 min pemanduan

4) Mount Kinabalu Park Entrance - 24 min pemanduan

5) Arnab Village - 32 min pemanduan

Bagaimanapun, kami di Rileklah tidak mempunyai info mengenai harga bilik untuk satu malam di sini dan kami akan cuba mengemaskini maklumat terbabit setelah menghubungi pihak pengurusan D' La Sri Cottage dalam masa terdekat.

Namun jika korang berminat untuk bercuti ke D' La Sri Cottage, korang boleh menghubungi no 014-659 8644 (Idah) atau 014-310 0014 (Bard).

 

 

Destination: