Itinerari & Perbelanjaan 5 Hari 4 Malam di Kuching, Sarawak
TRAVELTotal perbelanjaan RM923.00
Rabu 9/3/2022
0305pm-0505pm Pen-Kuc ( flight asal 7am di retime oleh air asia mcm biasa la kan) costing RM218
Ambik kereta sewa axia RM360 + RM20 minyak/2 = RM190
Check in harbour view hotel 2mlm with breakfast RM258/2= RM129
Dinner di topspot- walking distance ja dari hotel
jalan2 ronda area waterfront
Khamis 10/3/2022
Hiking di bengoh dam, padawan
Perjalanan dari hotel ke bengoh dam 40min. Laluan jalan pun berkabus dah cantek dah.
Booking untuk hiking ne rm50 termasuk boat dan guide. Buat arrangement dgn guide tunggu di dam pukul 8am. Dari dam ke tempat permulaan hiking 20min, mmg layan view.
Hiking akan temui 3 waterfall. Waterfall yang paling cantek yang last mcm Jurassic park zaman dinosaur. Hiking ambil masa 40min. Track senang dan paling best akan lalu laluan titi/jambatan yg dibuat dari buluh.
Lepas tu di bawa ke kampung sting, kena naik boat dalam 5min dan hiking ke kampung dlm 15min. Di kampung sting ne ada homestay dan boleh bermalam disini.
Lunch di mom laksa - masih sedap mcm dulu
Dinner di topspot- dah malas nak cari kedai mkn lain sbb kat situ dah sedap- kedai no 25, bukit mata
Jalan-jalan di waterfront cuci mata
Jumaat 11/3/2022
Breakfast di hotel & check out
Hiking di gunung santubong - free n x peu guide sbb track dia clear dan well maintain.
parking di taman negara santubong, kena lapor diri dan tulis nama masa masuk dan masa keluar. Dia akan bagi nombor hiker, masa tu dpt no 4. Sehari limit 50org sahaja. Hiking di sini ada cut of time, kena sampai puncak sebelum pukul 1pm, jika x sampai tepat pukul 1pm kena patah balik. Pintu masuk dibuka pukul 7am dan tutup pukul 5pm. Kami start pukul 830am sampai ke puncak 12pm. Rehat 1jam di atas puncak turun ke bawah dlm 2jam. Track mmg extreme, hard core hehe, not recommended untuk yg beginners or yg nak dtg just OOTD hehe. Jarak ke puncak 4.95km elevation 820m. Ada 18tangga bomba 90degrees, ne yg bahaya masa turun, masa naik ok ja. Masa turun jenuh pikiaq nak pijak yg mana satu.
Lunch di B.V Seafood Restaurant
Check in di the village house
Memang ambik hotel area santubong jugak sbb tahu mesti barai lepas hiking dah x larat nak drive jauh2. Hotel ne mmg recomended sgt sbb ID dia lawa mcm bali and tradisi org Sarawak, tapi hotel ne tidak membenarkan budak 12tahun ke bawah masuk. So mmg sunyi sepi aman damai untuk berehat kat sini. Rm328/2=rm164 with breakfast dan dinner. Dinner dia best ada appertizer, main course dan desert dan ala2 fine dining- romantik la kalau hangpa p honeymoon. Hotel ne ada bilik dorm jugak untuk backpackers. Petang boleh layan sunset di pantai puteri santubong by walking distance dari hotel.
Sabtu 12/3/2022
Mandi swimming pool- sbb pool dia lawa, rugi kalau x mandi. Bfast dan check out. Check out sini awal 11am ya
Lunch di telaga air- sedap n recomended
Check in di hilton Kuching RM255/2 = RM127 with breakfast. Hotel ne ada view dari bilik sungai sarawak dan bangunan dewan undangan negeri yg cantek tu.
Sebab kaki lenguh dan sakit p massages di Borneo Reflexology RM45 sejam murah sgt.
Last dinner di topspot
Jalan2 si waterfront mkan ice cream gula apong sambil tgk show air
Ahad 13/2/2022
Breakfast at hotel
Shopping ikan terubok masin di pasar satok
Shopping kek mita
Shopping kek sarawak di Kek Lapis Dayang Salhah
Late check out 2pm
Lunch di Kopi O Corner- x sedap not recommended
Borneo Cultures Museum
Baru sahaja dibuka pada 9.3.2022, setakat ne masuk adalah percuma. Ada 5tingkat muzium ne, besar dan luas mmg best la nmpk modern dan susunan tidak membosankan.
Hantar kereta di airport
0845pm-1045pm kuc to pen
Semoga bermanfaat.
Perkongsian: Naseer Othman