8 Instagram Campervan Untuk Anda Jadikan Inspirasi
TRAVELMenggembara menggunakan ‘campervan’ kini semakin meningkat naik dalam kalangan masyarakat kita, lagi lagi kepada mereka yang inginkan kelainan dan cabaran dalam percutian baik bersama keluarga mahupun secara solo.
Kalau nak diikutkan, sebuah ‘campervan’ biasanya mempunyai kemudahan asas seperti katil dan dapur. Ini bermakna, mereka yang bercuti menggunakan ‘campervan’ ini boleh tidur di dalam van mereka tanpa perlu fikir tentang penginapan.
Setakat ini, bilangan peminat aktiviti ini semakin berkembang dan mereka ini lazimnya berkongsi dalam group – group yang ada di Facebook. Kalau di Malaysia, ada dua yang mempunyai ahli yang ramai dan aktif iaitu Peminat Camper Malaysia (PCM) dan My Campervan Malaysia kedua-dua nya mempunyai pengikut lebih daripada 10 ribu.
Jika korang salah seorang peminat aktiviti ini, kami ada terjumpa satu posting atau hashtag di Instagram iaiti
Menggembara menggunakan ‘campervan’ kini semakin meningkat naik dalam kalangan masyarakat kita, lagi lagi kepada mereka yang inginkan kelainan dan cabaran dalam percutian baik bersama keluarga mahupun secara solo.
Kalau nak diikutkan, sebuah ‘campervan’ biasanya mempunyai kemudahan asas seperti katil dan dapur. Ini bermakna, mereka yang bercuti menggunakan ‘campervan’ ini boleh tidur di dalam van mereka tanpa perlu fikir tentang penginapan.
Setakat ini, bilangan peminat aktiviti ini semakin berkembang dan mereka ini lazimnya berkongsi dalam group – group yang ada di Facebook. Kalau di Malaysia, ada dua yang mempunyai ahli yang ramai dan aktif iaitu Peminat Camper Malaysia (PCM) dan My Campervan Malaysia kedua-dua nya mempunyai pengikut lebih daripada 10 ribu.
Jika korang salah seorang peminat aktiviti ini, kami ada terjumpa satu posting atau hashtag di Instagram iaiti #VanLife dan ia adalah perkongsian gaya hidup para peminat campervan seluruh dunia.
Dalam banyak – banyak tu, untuk permulaan dan nak jadikan inspirasi, kami ada pilih 10 akaun yang terbaik dan korang boleh follow akaun – akaun ini :
#1. @vanlifediaries
Vanlifediaries nib oleh dikatakan akaun paling femes dekat insta tu. Dia akan re-gram atau post kan semula gambar – gambar campervan dari seluruh dunia. Jadi dalam erti kata lain dia macam direktori lah. Dari sini, korang akan jumpa lagi banyak akaun ig yang power – power.
#2. @Fosterhunting
Fosterhunting ni adalah pengasas hashtag #Vanlife dan boleh jugak nak cakap yang paling terkenal. Pengikut di IG hampir 1 juta dan beliau ni dah mula ‘hidup’ dengan campervan sejak 2011. Dengar cerita sekarang dia tinggal di treehouse. Unik jugak personaliti dia ni.
#3. @OutBoundLiving
Outboundliving ni merupakan website yang dihasilkan untuk medium perkongsian dan memberikan inspirasi dalam dunia van ni. Kalau nak tengok baca cerita perjalanan epik, perkongsian barangan dan hal-hal semasa campervan, boleh follow diorang ni.
#4. @188sqft
188 sqft ni akaun insta kepunyaan pasangan dari Miami iaitu Kevin dan Mandy. Menariknya cerita diorang ni, diorang akan travel selain berdua dia akan travel bersama anjing dan kucing peliharaan mereka.
#5. @OurHomeOnWheels
Kalau korang nak cari inspirasi travel dengan family dalam van, korang boleh follow diorang ni.
#6. @VanLifeTheory
Vanlifetheory ni lebih kepada komuniti campervan seluruh dunia jugak. Diorang akan share gambar-gambar dari campervan yang menggunakan hashtag vanlifethory. Jadi kalau korang nak cari inspirasi, boleh follow diorang jugak.
LOKAL
Kalau share yang luar negara punya memang banyak, yang local ada? Mestilah. Cuma pencarian kami sekadar menggunakan hashtag #VanlifeMalaysia dan ada beberapa akaun yang boleh dikatakan berpangkalan di Malaysia.
Antaranya korang boleh follow :
Ni antara campervan yang kami jumpa menggunakan hashtag yang atas tadi tu. Kalau nak diikutkan, memang idaman semua lah nak buat ‘trip’ satu dunia, dan sama juga misi Bulli4life ni.
Perjalanan paling baru adalah dari Selatan (Pengerang,Johor) ke Pulau Pinang, jarak yang ditempuh sekitar 800++ kilometer jugak.
Photo Credit : FB | Syncros
Sam dan Rene adalah pasangan dari Malaysia dan Singapura. Menurut cerita mereka di Instagram, mereka dalam proses untuk melakukan kehidupan dalam van (vanlife) secara sepenuh masa dan mereka mendirikan campervan ini dalam misi kembara ke UK menggunakan van tersebut.
Bermula pada 2017, projek campervan diorang ni dimulakan dengan sebuah Toyota Liteace Premio yang diubahsuai menjadi campervan dan diberinama Vanhalen!
Photo Credit : FB | 24 Hour Travellers
Menarik jugak tengok gambar-gambar perngembaraan yang diorang kongsikan.