Nak Cuba Gaya Percutian 'Campervan' Macam Kat Oversea? Jom Ke Teluk Batik Camper Site, Perak Ni!

TRAVEL
September 04, 2020 - 04:10 PM


Kalau di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand -- pengembaraan menggunakan 'campervan' seakan sudah biasa dan telah menjadi trend untuk rakyat mereka.

Namun di negara kita, gaya percutian syle campervan baharu sahaja bertapak tetapi kelihatan semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama kepada mereka yang mengimpikan percutian mencabar bersama keluarga dalam suasana yang serba sederhana.

Ini kerana kebanyakkan yang memilih bercuti menggunakan van dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tidur dan tempat masak, biasanya akan merakamkan pelbagai kenangan menyeronokkan kerana boleh tidur di mana-mana sahaja tanpa perlu membuat tempahan penginapan.

Malah, mereka juga lebih bebas apabila tidak terikat dengan masa mendaftar masuk dan keluar seperti jika menempah hotel atau resort.

Jika korang antara yang teringin untuk merasai pengalaman percutian campervan, ada satu lokasi baharu yang sangat cantik dan baru sahaja dibuka di Perak iaitu TELUK BATIK CAMPER SITE!

Istimewanya tapak perkhemahan campervan di Teluk Batik ini pastinya memberi korang peluang tidur sambil dihembus angin pantai, selain dapat menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam yang sangat memukau pandangan.

Kalau bawa anak-anak mesti dorang lagi seronok sebab dapat mandi laut dan bermain di atas pasir pantai yang halus dan memutih di Teluk Batik yang sememangnya menjadi lokasi pelancongan terkenal di Perak.

Menurut Facebook Media Viral PerakTeluk Batik Camper Site itu dilengkapi dengan kemudahan power supply, tempat mandi, tandas dan bermacam lagi.

Jadi korang hanya tinggal nak bawa kenderaan masing-masing, dengan toto atau kelengkapan tidur dan terus boleh bercuti macam pelancong dekat oversea juga...Bestkan!

Untuk info lanjut korang boleh menghubungi talian ini 05-6833908.

Sumber: Media Viral Perak

 

 

Destination: