Lelaki Ini Ubahsuai Sebuah Ambulans Untuk Mengembara Ke Merata Dunia..!

TRAVEL
October 10, 2017 - 03:30 PM


Nasib malang yang menimpa pemilik campervan ini tidak menghalangnya daripada mengembara ke merata tempat. Mana tidaknya, selepas putus tunang, Ian Dow cuba untuk membeli sebuah Van untuk mengembara ke serata dunia namun pembeliannya gagal. Selepas itu, beliau mengalami kemalangan motorsikal pula.

Dow kemudiannya berjaya mendapatkan sebuah Ambulans di ebay. Bayaran yang dikenakan adalah lebih kurang 2,800 USD untuk Ambulans tersebut. Dalam masa 4 bulan sahaja, beliau telah berjaya mengubah sebuah ambulans biasa kepada campervan yang sangat cool.

 

Kalau kita lihat feed di Instagram milik Ian Dow, beliau kini telah berjaya mengembara ke beberapa tempat seperti Mexico, Costa Rica, dan pelbagai tempat menarik yang lain.

Kalau anda ingin mengikuti pengembaraan beliau ni, bolehlah follow akaun Instagram vanlife_ian_dow_travels.Nampaknya macam beliau dah buat macam rumah dah. Campervan lifestyle lah katakan... Memang best!!

 

Sumber : Travel + Leisure | Instagram