Starling Jakarta, Komuniti Penjual Kopi Berbasikal Sejak 1985
TRAVELStarling atau ‘Starbucks Keliling’ adalah usaha komuniti penjual kopi yang berpangkalan di Kampung Prapatan, Senen, Jakarta Tengah dan menariknya mereka sudah mula menjual kopi menggunakan basikal sejak 1985 lagi.
Menceritakan pergerakan awal Starling, Abdul Roshid yang merupakan seorang ‘pesara’ Starling ini menceritakan bagaimana tercetusnya idea untuk komuniti disini untuk menjual kopi menggunakan basikal dan ianya bermula sejak 2001 hingga 2004 yang mana masa itu dibawah pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri. Mereka tidak dibenarkan untuk berkumpul di MONAS.
Deretan penjual kopi berbasikal akan membawa basikal mereka sekitar Monumen Nasional (MONAS) di Gambir dan melakukan perniagaan kopi mereka disana. Kalau nak diikutkan, idea menggunakan basikal adalah lebih ringan dari mereka menolak kereta sorong makanan yang berat itu.
Bermula dari Kampung Prapatan (juga dipanggil kampung Madura), penjual ‘Starling’ akan mula menambak stok mereka dengan pelbagai jenis minuman dan ada juga yang menjual pelbagai jenis barangan lain termasuklah gula-gula, rokok, mi segera dan macam – macam lagi.
Selain membantu komuniti setempat, Starling ini dikatakan telah membantu ramai orang untuk meneruskan kehidupan seharian dan menyara keluarga.
Lain kali, kalau berkesempatan ke Jakarta, cubalah kopi atau membeli di salah satu Starling ni.
Sumber : Website | JakartaGlobe