5 Destinasi Colourful Ini Pasti Menjanjikan Percutian Anda Lebih Menarik

TRAVEL
October 31, 2019 - 06:00 PM


Sedar atau tidak, warna memainkan peranan yang penting dari segi psikologi. Sebagai manusia, reaksi dari segi emosi banyak menentukan sesuatu perasaan yang dialami atau merubah emosi mengikut warna. Sebagai contoh, bila sebut tentang laut secara automatik minda kita akan menggambarkan kebiruan air laut juga simbolik kepada ketenangan dan kedamaian. Begitulah hebatnya mainan emosi yang dipengaruhi oleh warna. 

Warna juga boleh membuatkan kita rasa tenang, marah atau bertenaga, sebab itu warna di sekeliling kita boleh mempengaruhi emosi. Contohnya, papan tanda yang berwarna merah akan merujuk supaya berhenti walau di manapun kita berada. 

Kajian juga menunjukkan neuron atau saraf memberi tindak balas berlainan mengikut warna yang berbeza. Salah satu cara untuk menguji tindak balas menggunakan warna terhadap diri kita adalah dengan travel.

"Travel in Colour" boleh menghasilkan pemandangan unik dari segi emosi. Sebab itu, dalam Islam sendiri kita digalakkan untuk travel bagi menikmati warna-warna alam yang boleh memberi inspirasi baru kepada kehidupan seharian kita. Contoh warna-warna alam adalah hijau (pokok), biru (air laut/awan) dan coklat (tanah).

Warna coklat khususnya merupakan salah satu warna yang mengandungi unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir sama dengan warna emas. 

Jika anda sejenis yang sukakan warna berunsur bumi, ini mungkin destinasi travel anda! Oh...sebelum tu apa kata anda cuba uji minda dahulu dengan bermain warna di SANCora Paint! [LINK]. Di sini anda mungkin boleh jumpa kombinasi warna yang mampu memberi kesan positif untuk kehidupan seharian anda atau anda juga mungkin akan menemui warna kegemaran yang baru dalam hidup anda?

#Coklat - Mauritius

Mauritius

Seven Coloured Earths

Terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, tempat peranginan mewah dan air laut berwarna biru nilam. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya mendaki di hutan dan pergunungan seperti Le Morne Brabant serta aktiviti menyelam dan snorkel bertaraf dunia.

Anda juga berpeluang merasai pengalaman berbasikal gunung dengan kuasa elektrik di Chamarel, sebuah perkampungan desa berbukit-bukit di barat daya Mauritius. Namun, jika aktiviti air lebih melonjakkan adrenalin anda, cubalah 'seakart' di Gand Rivière Noire! Mauritius yang cantik dan indah ini menanti kehadiran anda, semestinya lokasi yang wajib dilawati buat semua pelancong!

Seven Coloured Earths

Tempat wajib singgah bagi mereka yang suka warna earth ni adalah di Seven Coloured Earths. Lokasi yang begitu unik ini mampu memberi gambaran yang baru buat minda anda terutama apabila warna-warna ini mula bermain dengan minda. Ia boleh membuatkan jiwa anda berasa lebih nyaman dan hangat.

Selain travel, anda juga boleh menggunakan kombinasi warna-warna bumi ini di kediaman anda. Barulah rasa macam hari-hari travel. Lagi satu warna di kediaman anda juga memberi gambaran yang penting buat perasaan dan jika pandai ubah suai dengan kombinasi warna coklat yang betul, rumah anda akan menimbulkan kesan moden, canggih dan mewah kerana warnanya yang hampir dengan warna emas. 

Boleh tengok gambar di bawah macam mana kombinasi warna coklat di dalam sesebuah rumah. 

Cantik,kan? Bagi anda yang nak cuba warna coklat ini di kediaman, anda boleh ke SANCora untuk lihat warna yang sesuai. Sebagai contoh anda boleh guna SANCora Solar @Skin untuk memberi sentuhan coklat kepada siling dan lantai kayu rumah anda. Ada macam-macam jenis warna coklat untuk anda pilih, terpulang kepada citarasa masing-masing. Contoh warna coklat untuk SANCora @Skin ni adalah Rosewood, Antique, Walnut, Gold Bar dan macam-macam lagi. 

SANCora bukan sahaja mengenai warna, malah ia juga adalah varnis kayu luaran istimewa yang diformulasi menggunakan alkid yang telah diubahsuai untuk hiasan dan juga perlindungan pada kayu yang dicat. Ia memberikan ciri-ciri ketahanan dan kemasan yang fleksibel dengan daya tahan calar yang sangat baik di mana ia tidak mudah mengelupas, merekah atau bertompok.

Kalau nak diikutkan, trend luaran rumah pun ada yang menggunakan tona - tona warna 'bumi' sedikit. Kebiasaannya, cat untuk luaran perlu mempunyai ketahanan dari segi cuaca, terutamanya iklim Malaysia yang panas dan hujan ni. 

Jangan ketinggalan promosi FLASH SALE SANCora yang bakal bermula 1 November hingga 14 November 2019 ini dan dapatkan penjimatan sehingga 40% untuk pembelian cat untuk bahagian luaran dan juga dalaman rumah anda. 

#Biru - Iceland, Jodphur India, Santorini, Maldives

Santorini, Greece

Blue Lagoon, Iceland

Jika anda penggemar warna biru, destinasi yang sesuai dengan anda mungkin Blue Lagoon Iceland, Santorini di Greece yang memberi warna biru terang, Maldives yang menjanjikan air laut warna biru turquoise.

Mungkin untuk travel ke Greece agak mahal, namun tak mengapa, kita cuba bawa suasana Santorini di kediaman sendiri melalui dekorasi dan warna yang sesuai. Inilah yang dikatakan Dream in Colour by SANCora. Anda boleh cuba konsep melalui konsep mix & match colour di laman web SANCora.

Salah satu contoh untuk mengambarkan suasana laut boleh guna SANCora CEMENT @Guard Aatlantik Blue. Boleh tengok contoh dekorasi di bawah warna yang sesuai dengan kombinasi warna biru.

Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi efek menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migrain. Warna biru juga dikatakan warna korporat kerana memberi kesan profesional dan kepercayaan. Selain itu, warna biru juga dikatakan dapat merangsang individu untuk berkomunikasi. Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi, warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif manakala biru muda dapat membantu menenangkan fikiran di samping meningkatkan konsentrasi.

Kalau anda suka atau mahukan kediaman yang memberikan gambaran luas serta menenangkan fikiran, kebetulan, SANCora mengadakan Flash Sale yang bermula dari 1 November hingga 14 November 2019. Salah satu warna yang ditawarkan dalam Flash Sale SANCora ni adalah biru;

Sempena promosi Flash Sale ini, anda boleh buat pembelian cat untuk ruangan dalaman dengan harga RM198 sahaja. 

#Merah - Abu Dhabi Dan Panjin Red Beach 

Ferrari Word, Abu Dhabi

Panjin Red Beach

Warna merah dikatakan warna yang berani namun kadang-kala mempunyai kesan negatif. Bagi memberikan keseimbangannya warna merah yang baik, ia boleh digabungkan atau dipadukan dengan warna biru muda.

Untuk pilihan lokasi travel yang sesuai dengan mereka yang sukakan warna merah, ada beberapa destinasi antaranya Ferrari World di Abu Dhabi, UAE. Padan dengan sifatnya, Ferrari World boleh menguji tahap keberanian anda dengan setiap permainannya yang begitu mencabar dan menguji tahap adrenaline anda. Selain itu, Panjin Red Beach yang terletak di China juga antara destinasi tepat yang boleh memberi kelainan kepada jiwa pelancong anda! 

Warna merah untuk kediaaman anda!

Bagi anda yang inginkan rasa ghairah untuk kediaman, mungkin boleh cuba kombinasi warna Drama Red I-PEARL di SANCora. Kelebihaan I-PEARL ini adalah ia merupakan cat emulsi untuk memberi kemasan mewah dan lembut bak kilauan sutera. Ia sesuai untuk semua jenis dinding dalaman biasa termasuk permukaan siling. Ideal untuk kawasan seperti dapur, bilik kanak-kanak, pembahagi pejabat dan ruang tamu.

Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah. Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dari segi psikologi, warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu merangsang pancaindera manusia seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual.

#Hijau - Kyoto & Sa Pa, Vietnam

Bagi mereka yang inginkan rasa kesegaran, hijau adalah warna yang paling tepat untuk anda. Banyak destinasi yang bertemakan warna hijau. Salah satunya adalah Bamboo Forest yang terletak di Kyoto, Jepun. Berjalan-jalan di sini boleh membuatkan anda secara automatik berasa segar dan santai kerana dikelilingi pokok-pokok buluh hijau yang cukup indah. 

Selain Kyoto, Sa Pa yang terletak di utara Vietnam juga menjanjikan pemandangan kehijauan yang cukup menenangkan. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan tekanan hidup dari kesibukan seharian bekerja atau hiruk-pikuk kota.

Untuk mereka yang inginkan dokorasi rumah supaya lebih tenang, ini idea untuk anda! Boleh cuba Cosmo Vibes dari SANCora. Jika anda tak yakin dengan warna ini, anda boleh cuba lihat kombinasi warna hijau yang sesuai untuk setiap padanan rumah anda di laman web SANCora. 

Membawa maksud warna identiti alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian, relaks dan juga santai. Mengikut pandangan psikologi, warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan untuk menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek relaks dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri kerana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap.

Bagaimanapun, kelemahan warna hijau adalah ia terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.

#Ungu - Kawachi Fuji Garden

Warna ungu atau purple biasanya dikaitkan dengan musim bunga. Kawachi Wisteria Garden yang terletak di Kitakyushu, Jepun ini merupakan taman awam. Bagi mereka yang nak ke taman ini, pastikan segala tiket masuk dibeli seawal mungkin. Disebabkan ianya top spot pada musim bunga, tiket untuk ke sini mungkin akan habis sebelum tarikh musim bunga lagi. Jadi waktu yang sesuai untuk ke sini adalah pada hujung bulan April hingga awal Mei sahaja. Selain musim bunga, taman ini juga dibuka pada musim luruh. Namun waktu itu, tiada pesona keindahan warna ungu menghiasi taman tersebut kerana ia digantikan dengan kecantikan   , warna perang keemasan. 

Jika anda merupakan peminat warna ungu, di sini terdapat jawapan bagi personaliti anda. Ramai yang menggemari warna ungu kerana ia warna yang cukup menyenangkan, damai dan membantu meredakan ketegangan. Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik dan tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa.

Antara ciri utama personaliti anda adalah pemahaman terhadap perasaan sendiri dan juga sokongan daripada orang sekeliling. Walaupun kelihatan personaliti ungu seperti seorang yang mementingkan diri, namun mereka juga memikirkan orang lain sebelum diri mereka sendiri. Kadangkala, personaliti ungu mampu memberikan kata-kata semangat terhadap orang yang meluahkan perasaan kepadanya, bagaimanapun kadangkala dengan kebaikan yang dihulurkan itu juga mudah untuk membuatkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Sekiranya warna ungu ini adalah warna kegemaran anda, ini bermakna anda seorang yang sensitif dan jiwa anda pula halus serta penuh kelembutan. Jadi, agak menarik jika warna ungu ini menjadi pilihan dekorasi di kediaman anda bagi mengeluarkan aura kelembutan kepada setiap penghuninya.

Berikut contoh untuk mereka yang inginkan Dream in Colour di rumah anda:

Sempena promosi Flash Sale yang disebutkan tadi; selain warna biru, warna ungu juga ada tersenarai. Dengan promosi yang sama iaitu 2 + 1 tin cat SANCora (5l) pada harga RM198!

Walaupun warna ungu tidak sepopular warna lain, namun dengan pilihan padanan yang tepat di web SANCora, rumah anda mampu bertukar menjadi luar biasa. Boleh cuba I-Emulsion, Purple Empire ataupun Purple Rain untuk idea rekaan dalaman rumah anda. 

Warna adalah satu keajaiban yang mampu menggambarkan personaliti seseorang. Warna berupaya menyatakan dengan tepat siapa anda, apa yang anda suka, bagaimana anda berkelakuan dan memberi tindak balas. Psikologi warna adalah subjek yang sangat menarik dan tidak pernah berhenti dibincangkan sejak dahulu.

Agak menarik topik Travel in Colour ni sebenarnya, lagi-lagi ia dapat dikaitkan Dream in Colour by SANCora! Jadi kalau anda suka travel berdasarkan warna pilihan anda, agak-agak destinasi manakah yang menjadi pilihan. Bagi kaki travel, kebanyakkan idea dekorasi rumah adalah berinspirasikan destinasi travel yang disukai. 

Bagi anda yang masih tercari-cari idea untuk dekorasi kediaman berdasarkan warna destinasi travel anda, SANCora Paint kini sedang mempromosikan kempen Dream in Colour, dimana anda boleh memilih warna kegemaran anda berdasarkan jenis destinasi travel untuk dikaitkan dengan personaliti diri. Ini kerana, warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.

Caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda buat hanya pilih warna yang korang suka di laman web SANCora, kemudian anda akan diberi warna lain untuk dipadankan dengan warna pilihan tadi. Terdapat lebih 20 warna yang mungkin sesuai dengan personaliti anda. Lebih menarik, warna yang menjadi pilihan boleh juga dikongsikan bersama kawan-kawan untuk menguji personaliti masing-masing. 

Apabila dah dapat warna yang menjadi idaman, anda bolehlah ke outlet SANCora Paint yang terdekat bagi merealisasikan Dream in Colour anda dan dapatkan juga harga tawaran menarik dan dapatkan penjimatan sehingga 40 % sempena Promosi Flash Sale SANCora. Tapi, jangan terlambat! Promosi Flash Sale ini hanya berlangsung dari 1 November hingga 14 November 2019 SAHAJA! 

Ada dua pakej yang ditawarkan oleh SANCora sempena Promosi Flash Sale ini, untuk bahagian dalaman serta bahagian luaran rumah. 

>>> PROMOSI FLASH SALE SANCORA <<<

Maklumat lanjut sila lawati:

Website: https://www.sancora.com/
Facebook: https://www.facebook.com/SancoraPaint/
Instagram: https://www.instagram.com/sancorapaint/
YouTube: https://www.youtube.com/user/SancoraColours