16 Destinasi Percutian Menarik Di Kuala Kangsar Tahun 2022
TRAVELKalau sebut tentang bercuti ke Perak pasti ramai yang lebih gemar memilih Ipoh, Taiping atau Teluk Intan -- tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa Kuala Kangsar juga tidak kurang hebat dan menarik untuk dijadikan sebuah lokasi percutian yang menyeronokkan dan pastinya meninggalkan seribu satu kenangan manis bersama keluarga atau rakan-rakan.
Kuala Kangsar yang lebih popular dengan gelaran 'Bandar Diraja' dikatakan mendapat namanya daripada Pokok Kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Perak.
Jarak ke Kuala Kangsar dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 3 jam pemanduan kereta.
Jom kita lihat lokasi menarik, pilihan tempat penginapan dan kedai makan yang best untuk korang singgah apabila bercuti ke Kuala Kangsar nanti.
Lokasi Bergambar Cantik
1. VICTORIA BRIDGE
Di sini letaknya jambatan kereta api tertua di Malaysia dengan panorama yang unik serta klasik. Ia dinamakan Jambatan Karai atau Victoria. Jambatan keretapi ini dibina sekitar 1897 untuk mengangkut bijih timah. Jambatan ini setinggi 150 meter dari permukaan Sungai Perak di bawahnya.
Struktur jambatan ini masih lagi kukuh walaupun telah tidak digunakan lagi. Terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang jambatan ini jika mahu berjalan kaki sehingga ke tengah. Jangan lupa untuk berhati-hati dengan lubang-lubang yang terdapat di atas jambatan ini.
ALAMAT: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak.
Tempat Jalan-Jalan Menarik
1. LABU SAYONG KZ KRAF
Labu sayong merupakan perusahaan tradisi negeri Perak diperbuat daripada sumber bahan mentah tanah liat khas yang dapat diperoleh dari Kampung Kepala Bendang Sayong ini.
KZ Kraf adalah perusahaan labu sayong yang terdapat di sini. Ia telah diiktiraf oleh Kraftangan Malaysia. Dilabelkan sebagai syarikat warisan didalam pembuatan labu sayong dan juga tembikar secara tradisional.
ALAMAT: No 20, Kg. Kepala Bendang Sayong, Kuala Kangsar.
WAKTU OPERASI: 9 pagi – 5 petang
2. GALERI SULTAN AZLAN SHAH
Galeri Sultan Azlan Shah memaparkan sejarah dan perjalanan hidup baginda Almarhum Sultan Azlan Shah. Terdapat pameran koleksi Keluarga Diraja Perak, sejarah negeri Perak dan juga warisan kebudayaan Perak.
Bangunan bekas Istana Ulu ini dibina semula untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah seperti yang kita lihat sekarang. Terletak berdekatan dengan Masjid Diraja Ubudiah.
ALAMAT: Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
WAKTU OPERASI: 9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu-Ahad)
HARGA TIKET: RM 4.00 (dewasa), RM 1.00 (kanak-kanak)
3. MASJID UBUDIAH
Masjid Ubudiah yang terletak di kawasan sedikit berbukit ini dibina untuk membayar nazar Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I selepas baginda pulih daripada penyakit.
Terdapat 4 menara utama setinggi 124 m yang mengelilingi kubah utamanya yang berwarna keemasan. Keistimewaan masjid ini adalah seni bina yang indah.
ALAMAT: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak.
4. MUZIUM DIRAJA PERAK KUALA KANGSAR
Muzium DiRaja Kuala Kangsar yang sebelum ini dikenali sebagai Istana Kenangan didirikan oleh tukang kayu Melayu pada tahun 1926. Dapat dilihat senibina hebat warisan Melayu melalui pembinaan istana ini.
Tiada paku besi digunakan dan dipenuhi dengan ukiran tradisional. Muzium ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah pada tahun 2009.
ALAMAT: Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
5. MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG
Muzium Arkeologi Lenggong menempatkan pelbagai artifak, bahan prasejarah dan juga rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10 ribu – 11 ribu tahun. Terdapat juga koleksi peralatan pada zaman Paleolitik yang dijumpai di sekitar Perak.
Terdapat 10 galeri berbeza pameran di sini tentang perkakasan, lukisan gua, budaya orang asli juga teknologi zaman kuno. Muzium ini diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2012.
ALAMAT: Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak Darul Ridzuan.
WAKTU OPERASI: 9.00 am – 5.00 pm ( Ahad – Jumaat)
HARGA TIKET: percuma
6. PAVILION TOWER KUALA KANGSAR
Pavilion Tower Kuala Kangsar merupakan menara tiga tingkat. Ia dibina pada tahun 1930 dan terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Sebelum ini ia ini digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Kini, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancongan di Kuala Kangsar.
ALAMAT: Pavilion Square, 33000 Kuala Kangsar
HARGA TIKET: Percuma
7. PUSAT KRAFTANGAN MARIWASA
Pusat Kraftangan Mariwasa bukan semata-mata mengeluar dan pamerkan produk, malah kita juga dapat melihat proses pembuatan barangan kraf tersebut.
ALAMAT: Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd, Lot 522, Kawasan Perusahaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
WAKTU OPERASI: 8:00 pagi – 5:30 petang (Sabtu dan Ahad tutup)
HARGA TIKET: Percuma
8. MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH
Masjid Ihsaniah yang dibina pada tahun 1936 ini sungguh unik dan antik dengan senibina tanpa menggunakan paku dan berasaskan anyaman buluh minyak. Ia juga kelihatan seperti sangkar burung. walau bagaimanapun masjid ini tidak lagi digunakan sejak tahun 1976.
9. ISTANA ISKANDARIAH
Istana Iskandariah merupakan tempat bersemayam Raja-Raja Perak sejak tahun 1933 dengan senibina indah. Ia adalah lokasi aktiviti rasmi bagi Sultan Perak, upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri dan hal-hal lagi berkenaan Paduka Seri Sultan.
Tempat Penginapan Best
1. HOTEL CASUARINA KUALA KANGSAR
Hotel Casuarina terletak berhampiran tebing Sungai Perak, juga berdekatan dengan pusat kraftangan Labu Sayong di seberang sungai, sekitar 7 minit perjalanan dengan kereta.
ALAMAT: Jalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
2. THE GARDEN RESORT
The Garden resort menawarkan pengalaman bercuti ala kampung bersama panorama alam semulajadi landskap taman menghijau yang indah, selain terletak berhampiran dengan pelbagai fasiliti utama Kuala Kangsar.
ALAMAT: Lot 6039, Jalan Seri Delima, Taman Seri Delima, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
3. D'VILLAGE HOTEL
Rasai pengalaman menginap ala kampung tapi dilengkapi peralatan moden di D’Village Hotel. Senibina hotel ini inspirasi daripada Victoria Bridge dan ia memang terletak berhampiran jambatan keretapi itu.
ALAMAT: Karai, Kuala Kangsar.
Tempat Makan Sedap
1. WARUNG TELAGA
Warung Telaga ini menyajikan menu laksa sarang. Apa yang istimewa adalah pemandangan indah sawah padi, serta hiasan dalaman yang menampilkan tema klasik Melayu seperti berada di kampung halaman. Banyak lagi menu lain yang popular di sini.
ALAMAT: Batu 30, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar
WAKTU OPERASI: Dibuka setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat, bermula dari jam 3 petang-7:30 malam
2. RESTORAN TERATAK WARISAN KAMPUNG
Pernah memenangi anugerah restoran terbaik bagi kategori masakan Melayu, Restoran Teratak Warisan Kampung menyajikan hidangan tengah hari dengan pelbagai pilihan lauk auntentik Melayu termasuk masakan klasik.
ALAMAT: No. 43, Bandar Baru, Kuala Kangsar.
WAKTU OPERASI: Masakan tengah hari, Ahad tutup.
3. LAKSA POKOK LIMAU
Restoran ini terkenal dengan menu telur sarang. Restoran ini memang sedia terkenal di negeri Perak. Harga-harga menu laksa biasa, laksa telur goreng dan telur rebus adalah murah sekali. Bolehlah anda mencuba laksa di sini dan merasai keunikannya.
ALAMAT: 195A, Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur.
WAKTU OPERASI: Setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang.
Selamat bereksplorasi di Kuala Kangsar!
Sumber: Kelab Mama