20 Hari Trip Scandinavia Episod London Dan Iceland
TRAVELTrip Scandinavia ni dah dekat setahun lebih dah aku pergi. Entahlah balik dari trip tu emosi tergangu gila terus tak der mood nak menulis pasal trip tu. Sampailah setahun kemudian (Actually 2 tahun) bila ada yang tanya pasal Iceland, itu terbuka hati nak menulis balik tentang Iceland ni. Actually semua itinerary ni aku dah catat semasa aku dekat sana lagi baru jadi real. Nak harap ingatan memang tak lah. Jadi aku just copy & paste jer dekat sini. Then edit mana yang patut.
Untuk episod pertama ni aku kongsi apa aku buat sepanjang trip di mana aku jejakkan kaki hari pertama iaitu London dan Iceland.
Untuk flight aku memang ambil penerbangan ke London dan transit dekat Oman memandangkan aku memang naik Oman Air. Sebab masa survey tiket, Oman Air antara tiket yang menawarkan harga paling murah masa tu. Biasanya kalau nak ke Iceland memang better ambil flight ke London. Dari London baru ambil flight ke Iceland.
Tapi hati-hati, dari London ke Iceland if korang naik British Airlines kena extra careful sebab diorang punya policy memang tak boleh nak tolerate langsung. Lewat satu minit your ticket will be burn to hell!. Aku dah kena. Hahah sedih terpaksa beli tiket baru weh ke Iceland sebab baru awal trip, if i miss this Iceland aku akan kena ubah seluruh trip yang melibatkan Norway, Sweden, Denmark dan Finland. Oh noooo...
Flight KL - LHR (Oman Air)
Day 1 (London + Iceland)
- Sampai LHR jam 5.45am (waktu London)
- Naik train ke Hammersmith utk breakfast
- Balik ke Airport utk ke Iceland flight jam 11pg
- Termiss flight ke Iceland
- Rebook jam 8.40pm
- Take train to Baywaters for Lunch
- Take train back to Airport T2 (Iceland air)
- Lepak kat Heathrow sampai jam 8mlm
- Flight ke Iceland 8.30pm
- Sampai iceland jam 1 pg
- Ambil kereta sewa terus check in Hotel
- Hotel malam pertama adalah Base Hotel dalam 5km dari Airport Keflavík
So aku habiskan hari pertama di London jer sebab terlepas flight ke Iceland. So aku tunggu malam untuk next flight. Tu lah keluar lagi merayap entah ke mana. Hahah Damn it British Airlines.
Day 2 (Iceland)
- Jam 10.30pg check out
- Breakfast selitar bandar Keflavík
- Blue Lagoon. Entry Fee 80euro tp aku x masuk. Just amik gambar dr luar dan lepak kat kafe
- Drive ke Edinborg Guesthouse 180KM (South Iceland)
- Singgah supermarkets beli barang utk masak dinner
Iceland memang cantik, Tapi dekat sekitar Keflavík ni agak sunyi sikit. Bandar orang tua kot. Cuaca masa ni agak sejuk tapi tak snow. Dalam 2 darjah macam tu kot. Hari kedua aku singgah dekat Blue Lagoon Iceland. Memang wajib kalau datang Iceland singgah sini. Tapi sayang member aku tak nak mandi sebab mahal. So aku pun malas nak mandi sorang-sorang. Hari kedua ni kami drive jauh tapi berbaloi dengan sepanjang view yang terhidang, memang cantik sangat cuma kadang-kadang tu salji tebal sangat tepi jalan, so nampak putih jer.
Paling best waktu pagi sebab ko boleh nampak cahaya matahari lepas tu ada asap keluar dari sauna tu, macam dalam cerita Frozen.
Kami drive sampai petang, masuk jam 4 tu hari dah mula gelap, nak drive pun dah tak best, tapi terpaksa teruskan jugak, kami sampai dekat next stop dah malam kot. Tapi tempat dia cantik kat area ni boleh tengok Aurora cuma kena keluar jam 2-4 pagi. Mampos dah penat kot. Tapi malam kat sini tenang sebab tak banyak rumah orang cuma ada guesshouse jer. Kat sini aku terjumpa beberapa orang Malaysia yang drive. Sempat kejap jer.
Hari 3 (Iceland)
- 9.30pg check out
- Drive ke Skagafoss waterfalls & Seljalandsfoss 7km dari Guesthouse
- Sólheimajökull (yg ni kena pakai kasut hiking)
- Black Sand Beach (56km)
- Vik
- Drive back to Reykjavik 180km
- Hard Rock Cafe
- Dinner Fish N Chips kat Reykjavik
- Drive to Keflavik Guesthouse 45km from Reykjavik
- Check in and sleep
Pagi-pagi kami teruskan perjalanan sebab hari ni memang banyak tempat nak kena pergi. Antara tempat yang wajib singgah kat air terjun Seljalandsfoss tempat yang ada dalam filem Gerua. Nest aku nak ker tempat kapal terbang crash tu, tapi macam biasa member aku tak nak sebab sejuk sangat. Dia jenis tak tahan sejuk. So aku gagahkan sorang diri hiking denagn tak prepared apa pun. Sampai separuh jalan aku tengok dah kosong area nak ke sana. So aku dah panik, ko bayangkan ko kat tempat orang lepas tu kiri kanan gunung yang penuh ais, seluruh pemandanagan putih dan depan ada tasik beku. Memang cantik tapi bila sorang-sorang takut pula rasa. Aku teruskan perjalanan sampai yang aku rasa aku mampu je. Ada satu trek tu kena hiking dan pakai kasut hiking. Aku tak pakai kasut tu so memang tak boleh pergi. Terpaksa patah balik. Aku tak sure aku salah salah atau memang tempat dia macam tu.
Dah patah balik aku teruskan perjalanan destinasi seteruskan...
Tips:
Untuk makanan aku biasa makan fish N chips jer, singgah McD or KFC order Fillet O fish. Makanan halal agak susah nak dapat. Kalau dekat town ada lah sikit kedai India Halal. Tapi kalau trip jauh tu better korang masak. Nasib baik member aku ni tukang masak. Bab makana dia setelkan. Masak dekat GuessHouse lepas tu packing untuk the whole day.
- Matawang Icelandic Krona (ISK) €1 = 125kr Lagi mahal dari pound dan euro.
- Suhu around 2 sampai -9 (december)
- Bahasa Icelandic dan English.
- Di recommend kan utk sewa kereta. Harga RM600++ utk 3 hari aku sewa hari tu.
- Drive belah kiri.
- Drive malam hati2 sb jalan sini gelap dan byk x de lampu jalan. Line putih kat jalan pun tak ada waktu malam memang bahaya sikit.
- Petrol mahal.
- Nak masuk blue lagoon iceland mahal gilaaa.
- Jalan kdg2 licin.
- Makanan memang mahal kat sini
- Beza waktu 8jam lewat dari Malaysia. Sama dengan waktu London
- Aurora biasa keluar antara jam 1-4pg bila cuaca cerah
- Kat Iceland x de Starbuck!
Ok itu jelah nanti aku sambung untuk next episode iaitu Norway! Harap-harap bukan ambil masa lagi setahun. Sebab banyak trip ni nak kena cover.