
27 Perkara Perlu Tahu Jika Travel Ke Norway (Oslo + Tromso)
TRAVELNorway merupakan sebuah negara yang terletak di utara Eropah dan merupakan salah satu negara Scandinavia. Norway juga cukup terkenal dengan negara yang mempunyai taraf hidup yang agak tinggi di dunia. Sebab itu lah tak ramai orang kita yang menjadikan negara Norway sebagai destinasi percutian.
Namun bagi mereka yang "hardcore" travel sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk jejakkan kaki di bumi Nordic ini. Walaupun harga dan taraf hidup di Norway amat tinggi namun dengan perancangan yang teliti mampu membuatkan bajet anda tidak terlalu tinggi.
Baru-baru ni admin berpeluang menjejakkan kaki di bumi Norway. Alhamdullilah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di ibu kota Norway iaitu Oslo dan Tromso. Norway juga popular untuk melihat Northern Lights.
Ini 27 perkara yang korang perlu tahu jika nak travel ke Norway!
- Matawang Norwegian Krone (NOK) €1 = 9.8kr
- Bahasa Norwegian dan English
- Temperature kat Oslo 2 ke -11 (december)
- Tempereture kat Tromsø 2 ke -11 (december)
- Temperature paling teruk kat sempadan Finland -20 yg ni masa nak cari northern light
- Beza waktu 8jam lewat dari Malaysia. Sama dengan waktu London
- Air paip kat norway selamat utk di minum dan kualiti air paip di sini antara yg paling bersih. So x perlu beli air masak. Kalau beli pun mahal.
- Rakyat diorg sgt ramah dan helpful
- Antara bandar paling tinggi taraf hidup
- Makanan mahal. Better masak sendiri.
- Oslo boring
- Train kt Oslo x ketat sangat. Kalau berani boleh je naik train tanpa beli tiket. Tp kalau kantoi jangan cakap aku ajar.
- Tiket train dari Airport ke Oslo dalam 90 NOK
- Ada pasaraya halal. Boleh beli brg2 kat sana
- Dari Oslo ke Tromsø boleh ambil flight dlm 1 jam 45 minit
- Northern Light hanya boleh tgk di Tromsø
- Pakej Aurora dalam €220 pick up kat hotel
- Kalau cuaca elok aurora boleh muncul dekat town Tromsø
- Kami menghaka ke east norway utk cari aurora sampai ke sempadan finland. Dekat 2 jam drive.
- Pastikan pakai kasut yg sesuai. Kasut yg x mudah basah
- Jalan kat Tromsø boleh jd sangat licin
- Jacket pun kna yg sesuai.
- Kat tromso 23 jam siang tp malam san siang sama je gelap
- Public transport leh naik bas utk ke airport. Ambil bas no 42 boleh tunggu je kat mana2 Point area town yg ada tulis no 42. Harga dr town ke airport dalam 50NOK.
- Boleh install apps rome2rio utk lebih jelas tentang public transport termasuk harga sekali. Tp harga kdg2 dlm apps tu x update. Maybe ada perubahan.
- Tiket boleh bayar dlm bas.
- Ada bus express tapi mahal. Baik amik bas biasa je.