3 Muzium Yang Mempunyai Sejarah Islam Terbesar Di Dunia

TRAVEL
March 04, 2020 - 04:09 PM


Sebagai agama yang mempunyai pengikut kedua terbesar selepas Kristian, agama Islam mempunyai sejarah yang panjang sebelum berkembang seperti hari ini. Perjalanan yang ditempuh oleh Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah dan menyebarkan agama Islam ini juga berliku dan penuh dugaan.

Sejarah perjuangan dan penyebaran Islam serta perperangan yang berlaku kebiasannya ada ditempatkan dan diabadikan dalam muzium – muzium sejarah dan ada diantaranya merupakan muzium terbesar di seluruh dunia.

Sejarah berkenaan agama Islam rupa – rupanya menarik perhatian masyarakat dunia dan sejarah ini bukan sahaja diabadikan di negara – negara Islam namun ada juga terdapat koleksi dan sejarah tentagnya di Benua Barat.

Berikut adalah 3 muzium terbesar dunia yang mempunyai sejarah berkenaan Agama Islam terbesar di dunia.

#1. Pergamon Museum, Jerman

Terletak di Berlin, muzium ini mula dibina pada tahun 1920 dan selesai pada tahun 1930 dan ia terbahagi kepada dua bahagian yang berkaitan dengan Islam iaitu Bahagian Timur Tengah dan Muzium Seni Islam.

Dari segi koleksi, disini tersimpan artifak – artifak lama dari abad ke-8 sehingga abad ke-19 dari Sepanyol hingga India.

Muzium Pergamon di Berlin ini menerima kunjungan lebih dari sejuta pengunjung setiap tahun dan ini menjadikan ia sebagai muzium seni yang menerima paling banyak kunjungan di Jerman, mengalahkan muzium – muzium seni klasik dan moden disana.

 

#2. Muzium Lovre, Perancis

Selain menempatkan karya agung Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa, rupa – rupanya muzium terkenal serata dunia ini turut mempunyai galeri khusus sejak tahun 1905. Di bahagian ini sudah tentu menempatkan koleksi kesenian Islam yang dicatakan daripada tahun 1893.

Di Musee de Lovre ini juga terdapat sekitar 14 ribu koleksi karya seni yang merangkumi 1300 tahun sejarah Islam di tiga buah benua.

Antara koleksi yang mereka ada termasuklah sebuah mangkuk logam abad ke-14 dari Syria dan sebuah mangkuk era kerajaan Uthmaniyyah milik Raja Louis XIV.

 

#3. Muzium Aga Khan, Kanada

Muzium Aga Khan terletak di Toronto, Kanada ini menampilkan koleksi seni Islam dan seni Iran yang terkumpul dari keseluruhan tempoh sejarah Islam.

Antara koleksi yang terdapat di Muzium Aga Khan ialah artifak berbentuk seramik, logam dan lukisan. Walaupun ia berat kearah fahaman syiah, muzium ini mempunyai salinan Qanun fi’l-TIbb Avicenna yang merupakan ilmuan islam yang terkenal dalam bidang perubatan yang bertarikh 1052. 

Di sini juga terdapat satu halaman Al-Quran Biru yang merupakan Al-Quran Zaman Fatimiah yang ditulis menggunakan tulisan khat kufi pada akhir abad ke-9 hingga awal abad ke-10. Al Quran Biru juga merupakan salah satu daripada manuskrip Al-Quran paling tua dalam sejarah.