4 Lokasi Menarik Yang Jauh Dari Orang Ramai Untuk Korang Pergi Berjalan Di Selangor
TRAVELBila bekerja di kawasan bandar ni lama kelamaan kita akan ada satu perasaan semak dan serabut di dalam kepala. Sebab itulah kebanyakan orang yang bekerja di kawasan bandar lari pergi cari nature retreat atau resort yang dekat dengan nature dan jauh dari orang ramai. Jangan risau, kalau korang nak pergi berjalan di Selangor, ada banyak je tempat menarik yang tak ramai orang.
1) Selangor River Dam, Hulu Selangor
Kredit: @cva_kodiswaran
Kredit: @azuha_azhar
Kalau korang ada masa, boleh lah lepak di empangan ni sebab lokasi ni memang sangat cantik untuk ambil gambar. Malah korang juga boleh cycling dan memancing di kawasan ni tau. Kalau datang pada waktu malam pula bolehlah menikmati keindahan langit malam yang penuh dengan bintang.
2) Pulau Ketam, Klang
Kredit: @Carmaymayy
Pulau yang terletak di Klang di mana korang boleh menikmati ketenangan pantai dan melakukan pelbagai aktiviti seperti cycling, ambil gambar di kawasan mural, dan melawat kuil cina yang ada. Korang juga boleh makan makanan seafood yang fresh di sini.
3) Sawah Padi, Sekinchan, Sabak Bernam
Kredit: @bijim_
Kredit: @tiffanyseow
Siapa je yang tak tahu Sabak Bernam ni penuh dengan pemandangan padi yang sangat cantik dan menyegarkan. Memang lokasi yang sesuai untuk korang bergambar dan berjalan-jalan lebih-lebih lagi bersama pasangan. Korang juga boleh pergi ke Galeri Padi untuk belajar tentang proses penanaman padi.
4) Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat
Ini adalah kawasan yang paling cantik dalam list ni. Lokasi ni memang sangat luas dan merupakan habitat kepada lebih dari 300 spesis haiwan. Korang boleh join aktiviti Safari Insta-Tour selama 45 minit melawat 3 lokasi yang cantik. Selain tu korang juga boleh pergi berkayak, memancing, jungle trekking, dan cycling.
Jom Pergi Berjalan-Jalan Di Sini!
Jadi itulah dia 4 lokasi yang menarik dan jauh dari orang ramai untuk korang pergi spend time hujung minggu ni. Macam biasa, jangan lupa untuk mematuhi SOP dan pakai penutup muka kalau tak buat aktiviti sukan ya, have fun!