5 Hotel Dan Resort Paling Mewah Di Dunia

March 22, 2019 - 03:09 PM


Baru-baru ini kami ada berkongsi tentang penjelasan Sistem Rating Hotel dan apa kriteria yang diperlukan oleh sesebuah hotel dan resort untuk mendapat bintang pada premis dan jenama mereka.

Dalam sistem rating ini, hotel dan resort akan diberikan bintang bermula pada 1 bintang hinggalah 5 bintang menurut sistem rating yang dipakai oleh AAA.

Ini adalah senarai hotel dan resort paling mewah yang ada di dunia.

#1. Emirates Palace, Abu Dhabi

Emirates Palace adalah salah sebuah daripada hotel mewah yang ada di Abu Dhabi. Mempunyai 394 buah bilik dan suite, 40 bilik mesyuarat, dan banyak lagi. Hotel ini menelan belanja kira-kira 3 billion USD untuk disiapkan sepenuhnya.

Dikhabarkan, ia menggunakan marmar yang diimport khas daripada 13 negara berlainan dan mempunyai lebih dari 1,000 chandeliers kristal.

Memang mewah. Harga bilih satu malam di sini adalah kira-kira RM2.500.

 

#2. Mardan Palace Hotel, Turki

Dibina pada tahun 2009 dengan harga 1.65 Billion USD, Mardan Palace Hotel di Antalya, Turki ini mempunyai kolam renang terbesar di Mediterranean. Difahamkan kolam renang ini mampu memuatkan 1000 orang tetamu pada satu masa.

Di Eropah, Mardan Palace ini diangkat sebagai hotel elit dan mewah. Selain suite nya yang mempunyai dedaun emas, kristal dan marmar dari Itali, hotel ini mempunyai 10 restoran untuk makan malam, 17 bar, spa dan sebuah aquarium yang penuh dengan ikan eksotik.

Untuk kawasan pantai hotel, pasir putih sebanyak 9,000 tan telah diterbangkan khas dari Mesir.

Harga per malam adalah lebih kurang RM2,308

 

#3. Burj Al Arab Hotel, Dubai

Dibina menyerupai sebuah kapal layar, Burj Al Arab adalah hotel yang paling banyak diambil gambar di dunia. Kesemua bilik adalah suite mewah yang mengambil dua tingkat serta menjanjikan pemandangan yang menarik.

Menariknya disini adalah rangkaian makan malam yang futuristic selain pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh dikatakan luar biasa mewah termasuklah seorang pemandu peribadi yang akan memandu keluar penginap dengan menggunakan kereta Rolls Royce.

Harga satu malam bermula daripada RM7,000

 

#4. The Boulders, Arizona

Kalau dari segi luaran, memang unik sebab ia merupakan sebuah batu besar. The Bpulders ni merupakan golf dan spa resort. Difahamkan formasi batu pada hotel ini berusia 12 juta tahun.

Dibina atas tanah berkeluasan 1,300 ekar di padang pasir Sonoran pengunjung disini dijanjikan ketenangan dan rawatan spa yang terbaik di dunia.

Antara pelawat yang datang di sini termasuklah yang terkaya di dunia namun nama mereka tidak boleh didedahkan sehinggalah mereka meninggal.

Harga bilik di sini bermula dari RM1860 sehinggalah RM6400.

 

#5. Atlantis Paradise Island, Bahamas

Dibina sebagai ‘tribute’ kepada kota Atlantis, hotel ini merupakan yang termewah di Bahamas. Kebiasaannya yang selalu ditempah dan yang paling diidamkan adalah Royal Towers Bridge Suites yang terletak di tingkat 23 hotel tersebut.

Suite ini mempunyai 10 bilik berasingan ditambah dengan piano, ruang makan formal dan chandelier yang diperbuat daripada emas 22 karat. Suite ini didatangkan dengan 7 orang pelayan dan kaki tangan hotel yang sentiasa bersedia untuk tetamu disitu.

Harga untuk satu malam : RM615, tetapi syarat hotel ini ialah minimum dua malam, jadi RM 1230 jugaklah. Untuk suite, melebihi RM7 ribu.

Photo Credit : Website | All Respected Hotel

Jom Cuba Menginap DI Kediaman Mewah Melalui AirBnB

Kos Memiliki Sebuah Kereta Mewah