5 Hotel Di Jepun Yang Mempunyai Konsep Yang Unik

June 12, 2019 - 06:17 PM


Bila sebut pasal Jepun ni, maka banyak perkara positif yang kita akan dengar daripada kawan-kawan atau ahli keluarga yang pernah sampai ke sana. Baik dari kebudayaannya, kebersihan, jaluran pengangkutan awam dan macam-macam lagi.

Tapi, sebenarnya ada satu lagi cara yang korang boleh betul-betul ‘feel’ bila bercuti ke Jepun iaitu menginap di ryokan atau penginapan tradisional Jepun yang mempunyai ciri-ciri khas dan tradisional masyarakat Jepun sendiri.

Kebiasaannya, Ryokan ini akan menggunakan tatami sebagai lantai, hiasan dalaman menggunakan kayu dan buluh serta pelbagai lagi ciri-ciri tradisional yang sangat sinonim dengan budaya di Jepun itu sendiri.

Kalau korang buat pencarian di laman web, ada banyak lagi hotel (selain ryokan) di Jepun yang mempunyai konsep yang unik. Kalau kata satu hari nanti, korang nak ke Jepun, apa kata korang menginap di salah satu daripada lima hotel dengan konsep yang unik di Jepun ini.

#1. Hotel Yamatoya Honten, Osaka

Terletak di Osaka, hotel ala rumah ini hanya 5 minit berjalan kaki daripada kawasan Dotonburi. Walaupun dikelilingi oleh bangunan-bangunan moden, Yamatoya Honten ini menawarkan penginapan yang berkonsepkan tradisonal dengan pintu bilik menggunakan sliding door Shoji, katil jenis futon dan lantai yang ditutup dengan tatami.

Banyak pilihan bilik yang disediakan di sini dan ada yang boleh memuatkan sehingga lima orang. Menariknya disini, turut disediakan kolam mandi air panas untuk lelaki dan wanita serta disediakan juga pinjaman yukata untuk tujuan fotografi.

Selain itu, disini juga ada ruang makan tradisional Jepun yang jarang-jarang dijumpai di hotel-hotel lain. Menarik kan?

Harga per malam bermula daripada RM320.

 

#2. Hotel Konzantei Ubuya, Yamanashi

Konzantei Ubuya ni boleh dikelaskan sebagai ‘high-class’ dan bertaraf 5 bintang. Satu, dia ada sediakan onsen (kolam air panas) peribadi di setiap bilik, sambil korang menikmati pemandangan Gunung Fuji.

Dari segi fasiliti, memang ada macam-macam. Karaoke, sauna, sajian kaiseki pun ada.Kalau hiasan dalaman pulak, setiap bilik dipasangkan tatami, meja rendah dan tempat tidur style futon. Memang ‘Jepun’ habis lah!

Harga per malam bermula daripada RM2000.

#3. Hotel Okura Tokyo Bay, Tokyo

Hotel Okura Tokyo Bay ni sebenarnya adalah hotel rasmi untuk Disney Resort Tokyo. Bila sebut pasal hotel rasmi, kita dah boleh agak konsep dia macam mana. Setiap bilik bertemakan karakter kartun Disney.

Selain itu, bilik-bilik disini ada juga yang dihiaskan ala-ala ryokan. Kalau bilik yang bertemakan tradisional ni, ia memang didatangkan dengan perabot-perabot kayu, meja rendah, tatami serta katil boleh lipat jenis futon jugak.

Satu lagi, hotel ni mendapat rating tertinggi dan dinobatkan sebagai Travelers Choice Award 2019 dari TripAdvisor.

Harga per malam bermula daripada RM950.

 

#4. Hotel Edoya, Tokyo

Dalam banyak-banyak, Hotel Edora ni merupakan ‘paling Jepun’ yang ada dalam senarai ni. Sebabnya, daripada masuk, sehinggalah ke bilik, tetamu ‘disambut’ dengan suasana dan binaan tradisional Jepun. Bermula di lobi, hiasan tradisional berasaskan kayu digunakan untuk memberikan ‘feel’ tradisional tersebut.

Selain itu, di bilik pula – hiasan lantai seperti yang lain menggunakan tatami, dilengkapkan pula dengan meja rendah, katil jenis futon dan tandas dengan bathtub untuk berendam. Memang budaya mandi air panas di Jepun macam tu.

Selain daripada hiasan dalaman, disini juga disediakan Kaiseki - hidangan mewah khas Jepun. Memang boleh dikatakan korang akan berada di ‘alam’ yang berbeza. Iyelah, dengan bandar Tokyo yang maju dan sibuk, sampai disini, suasana tenang macam di perkampungan (kata orang-lah).

Harga per malam bermula daripada RM460.

 

#5. Hotel APA, Shinjuku

Hotel bertaraf 3 bintang ni sebenarnya dan sememangnya sebuah hotel moden. Bilik semua macam hotel-hotel moden yang lain.

Apa yang tradisionalnya adalah kolam mandi air panas. Baik di bilik ataupun yang khas untuk tetamu hotel. Memang disediakan kolam mandi air panas ini di hotel.

Kalau segan nak mandi dekat public bath, mungkin korang boleh pilih hotel ini lah untuk dapatkan pengalaman tersebut.

Harga per malam bermula daripada RM387.


Pilihan Editor 

Destination: