5 Pantai Di Kawasan Kulon Progo, Yogyakarta Yang Tak Ramai Tahu
Yogyakarta atau Jogja merupakan salah satu destinasi popular pilihan orang kita bila nak keluar negara. Rata-rata yang ke Yogyakarta semestinya akan ke destinasi-destinasi popular di sana dan tak kurang juga yang ingin mendapatkan ketenangan disebabkan suasana alam sekitar yang lain daripada yang lain.
Ada pergunungan, pantai dan macam-macam lagi tarikan menarik di Yogyakarta sebenarnya. Ada juga lokasi atau destinasi menarik tapi jarang diketahui ramai. Contohnya di Kulon Progo.
Kawasan Kulon Progo ini sebenarnya terletak di kawasan barat Yogyakarta dan berdekatan dengan Gunung Kidul. Mengambil masa satu jam perjalanan dari kota untuk ke Kulon Progo, salah satu tarikan di sini adalah deretan pantai.
Disebabkan ia tidak diketahui ramai seperti Kalibiru, keadaan pantai disini lebih tenang dan tak berapa ramai sangat orang. Berikut adalah 5 Pantai Di Kulon Progo yang korang patut singgah :
#1. Pantai Pasir Kadilangu
Mula dibuka pada 2016, kalau kesini jangan tertipu dengan namanya. Sebab disini taka da pasir yang boleh dimain sebab persekiratarannya adalah kawasan paya bakau namun menjanjikan pemandangan kehijauan alam semulajadi yang boleh menjentik hati.
Selain kawasan paya bakau, antara tarikan disini adalah bangunan-bangunan unik yang diperbuat daripada buluh. Ada jambatan, replika menara Eiffel dan banyak lagi binaan yang boleh korang jadikan spot Instagramable.
Kalau nak kesini, datang ke Daerah Jangkaran, Temon.
#2. Pantai Congot
Berbeza dengan pantai-pantai yang terdapat di Indonesia, Pantai Congot tidak memiliki pasir yang bewarna putih atau warna pasir biasa. Pasir disini bewarna hitam dan ia sebenarnya disebabkan keadaan Geografi pantai tersebut yang dikelilingi oleh hutan paya bakau.
Pantai ini juga nak dijadikan cerita adalah tempat persinggahan nelayan-nelayan dan kalau ada rezeki korang, boleh beli terus hasil tangkapan mereka ni.
#3. Pantai Trisik
Kalau dah ada di sekitar Kulon Progo, cari Jalan Jalur Lintas Selatan dan pantai Trisik ni ada disitu. Menariknya disini adalah pemandangan dan perkampungan nelayan.
Kalau korang nak tahu, Pantai Trisik juga diwartakan sebagai kawasan konservasi penyu di Yogjakarta. Kalau bernasib baik, nampak anak-anak penyu bermain dekat kawasan pantai. Tapi perlu diingatkan, jangan diganggu atau diangkat anak-anak penyu kat situ. Stress pulak nanti.
Tak pasal-pasal nanti pihak berkuasa tempatan tutup pantai ini untuk lawatan pulak.
#4. Pantai Glagah
Antara senarai pantai disini, Pantai Glajah boleh dikatakan paling meriah disebabkan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan dikawasan pantai macam berkayak dan sebagainya.
Tak jauh daripada pantai pula ada Stupa Glagah, salah satu tarikan juga di pantai ini. Dikatakan, stupa ini dah ada sejah abad ke-6 lagi.
Selain daripada pantai, ada ladang berdekatan dengan pantai. Namanya; Agrowisata Kusumo Wanadri. Dekat sini, korang boleh makan buah naga segar dan menjelang petang, macam biasa-lah layan sunset.
#5. Pantai Bugel
Salah satu pantai ‘baru’ di Kulon Progo. Terletak di kawasan Bugel, Panjatan, pantai ini baru sahaja dibuka untuk tujuan pelancongan pada akhir 2017. Disebabkan ramai yang kurang tahu tentang pantai ni, agak sunyi dan tak ramai orang katanya.
Sedikit peringatan, jalan menu kesini agak curam dan mencabar katanya. Tapi, pemandangan dan suasana memang sangat puas hati. Ombak kat sini pun agak tinggi, tak digalakkan untuk mandi katanya.
Sumber : Traveloka
PILIHAN EDITOR