6 Teknik Jimat Untuk Travel
TRAVELTravel adalah aktiviti yang cukup menyeronokkan. Namun, travel memerlukan belanja yang agak besar. Ia bergantung kepada destinasi yang dituju dan tempoh masa berada di sana. Kebanyakan orang cukup fobia untuk travel bila mereka fikir soal kekangaan kewangan. Hakikatnya, kita semua mampu mengubah mindset untuk travel jika ada cara berjimat-cermat dan tahu tekniknya. Pucuk-pangkalnya, kita kena tahu dan belajar teknik yang betul. Nak travel? Nak jimat? Jom kami kongsikan beberapa tips untuk korang semua.
Untuk minggu ini kami kongsikan beberapa tip untuk menjimatkan budget anda semasa travel.
1) Sediakan bajet
Sebelum memulakan travel, pertama sekali mesti disiplinkan diri dengan merangka belanjawan. Rancang kewangan dengan teliti dari segi tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan harian. At least, bila dah plan awal-awal, kita tak akan belanja boros dan belanja sesuka hati yang mampu melampaui bajet yang kita ada. Orang kata, "Fail to plan, Plan to Fail". Kalau dah ada plan bajet, setidak-tidaknya kita tahu nak bawa cash banyak mana, nak spare cash kat tangan banyak mana, dan plan mana yang patut.
2) Sediakan map
Untuk berjimat, map memang perlu ada di tangan especially untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tips jimat ni memang terbukti berkesan bila kami travel ke Macau. Di mana nak dapatkan map? Boleh dapatkan di hotel-hotel, homestay atau tourism centre secara percuma. If possible, beli awal-awal map dan study apa yang patut untuk lebih memudahkan urusan ketika travel nanti.
3) Bawa gajet
Setiap orang mesti ada telefon bimbit, ipad, ipod, dan macam-macam lagi gajet. Untuk jimatkan masa, boleh gunakan gajet untuk mencari info berkaitan destinasi yang dituju. Sebolehnya, guna wifi yang ada. Kalau memang memerlukan internet, boleh dapatkan pakej internet di negara yang dikunjungi. Kalau ada kamera, better bawa mana yang ada. Sebabnya? Kamera atau go-pro perlu ada untuk snap foto. Kaedah ini boleh menjimatkan kos daripada perlu beri upah jurufoto khas di lokasi tertentu semata-mata nak dapatkan gambar sebagai kenang-kenangan. Pastikan semua gajet disimpan dalam satu bag galas untuk elakkan daripada tercicir atau hilang. Be carefull!
4) Bawa bekalan makanan
Especially pergi ke negara yang susah untuk dapatkan makanan halal, make sure bawa bekalan makanan. Antara stok makanan yang disarankan adalah roti, mee segera, air minaral dan biskut. Ini dapat menjimatkan kos dari segi perbelanjaan makanan di tempat orang. Kalau time terdesak pun, boleh makan. Make sure, stand-by dalam bag galas.
5) Buat homework
Sebelum berangkat ke destinasi, pastikan buat homework especially tentang jarak perjalanan dan mode of transportation. Lagi satu, get familiar dengan tempat-tempat menarik yang ingin dituju dan sediakan itinerari siap-siap. Tak kiralah, itinerari buat sendiri ataupun ambil dari member-member yang dah pernah pergi ke destinasi yang nak dituju. Yang penting, be prepared! Teknik ini dapat menjimatkan masa dan menjadikan perjalanan kita lebih sistematik.
6) Sediakan cash dan elakkan kad kredit
Mungkin ramai yang berpendapat, nak mudah guna je kad kredit. Tapi, untuk lebih jimat, better sediakan cash. Make sure tukar wang ikut matawang sebelum berangkat. Nak guna kad kredit boleh, cuma guna time betul-betul memerlukan atau terdesak. Bukan guna time suka-suka nak beli itu ini untuk puaskan hati. Bukan apa, bila dah balik dari travel tak payah fikir dah caj extra yang dikenakan kalau guna kad kredit.So, "ukur baju di badan sendiri". Kalau mampu beli, tak mampu tengok je lah, hehe. Yang penting, pengalaman berada di tempat orang itu yang lebih berharga untuk disimpan sampai bila-bila.
Rasanya, cukuplah 6 tips berjimat-cermat untuk travel setakat ini. Mungkin banyak lagi cara untuk berjimat-cermat ketika travel. Kalau ada apa-apa yang difikirkan boleh diaplikasikan, boleh drop komen. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk semua. Korang yang lebih berpengalaman, sila share experience masing-masing ok? Mudah-mudahan, dapat jadi rujukan kepada semua. Mana tahu kan, jumlah wang yang kita jimat mampu untuk menampung kos travel kita ke destinasi seterusnya. Jom sama-sama kita menjadi traveller yang bijak belanja.
! Selamat mengembara di bumi Allah. Perkongsian dari travelpretty