7 Destinasi Yang ‘Rosak’ Akibat Industri Pelancongan

TRAVEL
April 05, 2019 - 11:46 AM


Apabila kita pergi melancong, seeloknya kita ke tempat yang memang terdapat industri pelancongan. Atau, jangan nampak sangat macam pelancong. Sebabnya kehadiran pelancong di sesuatu tempat kadang-kadang ‘tidak diundang’ oleh masyarakat setempat.

Perkara macam ni biasanya berlaku kalau ada segelintir pelancong yang ‘membuat taik’ di tempat tersebut. Macam contoh dulu ada kes budak Malaysia yang tumbuk dinding hostel di Jepun tu, tak pasal-pasal orang lain nak kesana dah susah. Contoh kedua, salah guna visa macam kes popular Australia. Sudahnya, kemasukan pelancong Malaysia diperketat.

Kalau nak senaraikan, banyak je kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelancong, ada juga disebabkan tempat atau destinasi tersebut dah overcrowded. Bila ini berlaku, akan wujudlah sekatan atau had pelancong yang dibenarkan setiap hari.

Berikut adalah 7 destinasi yang terkesan akibat industri pelancongan :

#1. Komodo Islands, Indonesia

Semalam, kecoh di media sosial yang mengatakan pihak berkuasa Indonesia akan menutup sementara Pulau Komodo untuk pelawat disebabkan ada yang gatal tangan mencuri biawak Komodo yang ada disana dan terdapat sindiket yang cuba menyeludup 41 ekor biawak Komodo untuk dijual.

Pulau Komodo ini terkenal dengan habitat biawak Komodo yang mencecah 10 kaki saiznya dan setakat ini dikhabarkan ada 1800 ekor yang ada di pulau tersebut.

#2. Venice, Italy

Lambakan pelancong dan industri pelancongan sedikit sebanyak memberi kesan kepada bandar Venice, Itali. Penduduk tempatan membuat aduan tentang industri pelancongan telah meningkatkan pencemaran di bandar mereka.

Hal ini termasuklah kemasukan banyak kapal-kapal cruise yang membawa ribuan pelancong saban tahun.

Dalam masa yang sama, Venice telah mengetatkan pelbagai undang-undang berkenaan pelancongan termasuklah mengambil tindakan kepada mereka yang didapati membuang sampah merata-rata, tidak berbaju di khalayak umum dan menconteng di pokok-pokok.

Menurut laporan CNN, bandar tersebut telah mengehad bilangan hotel baru.

 

#3. Dubrovnik, Crotia

Bandar Dubrovnik menjadi popular selepas ianya viral menjadi lokasi penggambaran siri Game of Thrones.

Sejak 2015, bandar tersebut menerima kenaikan 10% pelancong setiap tahun selepas siri Game of Throne diterbitkan. Bandar tersebut dilaporkan tidak mampu untuk menampung penambahan pelancong berkenaan.

Pada 2017, datuk bandar Dubrovnik telah mengehadkan bilangan pelancong yang melawat kepada 8,000 orang kepada 4,000 orang sahaja yang dibenarkan masuk di bandar mereka dalam masa dua tahun lagi.

 

#4. Reykjavik, Iceland

Reykjavik merupakan destinasi pelancongan yang popular di Iceland, lagi-lagi selepas banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah untuk ke sana. Tetapi, seluruh Iceland dikhabarkan menerima jumlah pelancong yang tidak dapat ditampung oleh mereka.

Kalau nak diikutkan, pada 2015 lebih 1.26 juta orang telah melawat Iceland dan sebenarnya populasi penduduk pada waktu itu hanya 330 ribu! Ini bermakna, pelancong lagi ramai daripada penduduk tempatan.

Kesannya pada penduduk tempatan, bandar mereka penuh dengan pembangunan yang secara tidak langsung meningkatkan harga pasaran semasa.

 

#5. Barcelona, Sepanyol

Barcelona antara salah satu tempat atau destinasi yang memang diorang tak suka pelancong. Awal tahun ini, terdapat satu tunjuk perasaan menentang industri pelancongan dan ia menjadi lebih tegang apabila bas pelancong dan hotel diserang.

Selain itu, pelbagai tarikan menarik pelancongan telah menukar dan mengetatkan syarat-syarat kemasukan disebabkan pelancongan. Antaranya adalah pasar awam La Boqueria yang tidak membenarkan pelancong berkumpulan yang melebihi 15 orang untuk masuk ke kawasan berkenaan.

 

#6. Machu Picchu, Peru

Perkampungan Kuno Inca di Machu Picchu menerima hampir ribuan orang pelancong setiap hari dan ini adalah melebihi had yang telah ditetapkan oleh UNESCO iaitu hanya 2500 untuk menjaga tapak warisan dunia ini.

Lambakan pelancong ke sini secara tidak langsung dikhuatiri akan merosakkan lagi binaan-binaan lama ini.

Mulai tahun ini, ada rancangan supaya setiap pelancong kesana hanya boleh melalui laluan khas yang disediakan selain perlu mendapatkan khidmat jurupandu.

 

#7. Santorini, Greece

Santorini adalah sebuah pulau yang cantikd an penuh dengan tarikan di Greece. Masalah yang berlaku disini adalah kehadiran pelancong yang terlalu ramai terutamanya pada summer holiday.

Selain kontroversi menunggang keldai untuk menaiki tangga-tangga Santorini, pulau Santorini menerima hampir 8,000 orang pelancong setiap hari dan direkodkan sejumlah 790,000 orang daripada 636 buah kapal cruise telah singgah di Santorini pada 2015.

Masalahnya, penduduk tempatan di Santorini populasinya hanya 15,000!

 

#7. Rome, Itali

Kota Rom sememangnya terkenal dengan bandar yang cantik serta dipenuhi dengan pelbagai peninggalan-peninggalan sejarah. Namun, apa yang terjadi adalah pelancong yang datang ke sana, gagal untuk menghormati peninggalan sejarah tersebut. ‘

Paling terbaru adalah kes yang dilaporkan pada 2017 dimana seorang pelancong dari Ecuador telah mengukir namanya atas batu di Colosseum, satu daripada peninggalan sejarah di kota Rom.

Sudahnya, kena saman 23,000 USD. Gatal tangan sangat.

Sumber : Website | Insider

BERHATI-HATI JIKA KE KRABI

6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak