9 Tip Travel Dengan Anak Kecil

TRAVEL
January 18, 2018 - 03:07 PM


Bagi mereka yang nak melancong tapi masih lagi ragu-ragu sebab tak berani nak bawak anak kecil korangboleh baca 9 tip dari saudari Fatimah Naamat

9 Tip Travel Dengan Anak Kecil

Hana Humaira seusia 5 bulan; kami dah bawa dia ke Pulau Tioman mandi laut. Time tu memang giannn sangat dengan laut. Rinduuu bau laut.

Lepas dari situ, Hana naik kapal terbang pertamanya ketika usia 11 bulan. Menjelajah Acheh. Seterusnya ke Koh Samui, Langkawi, Pulau Perhentian, Kota Kinabalu dan yang terkini Australia.

Ada juga sesekali kami bawa Hana hiking dan trekking sikit-sikit. Paling tinggi pun Gunung Datuk ja. Hihi

Kini Hana pun dah nak masuk tiga tahun. Dah pandai request ajak pergi Ostolia ( maksud dia holiday ). Siap merengek ajak pergi hiking dan juga nak pergi swimming. Haihhh menurun perangai sapa ni nakkk oi.

Sepanjang travel dengan anak kecil ni, Tim dah lalui pelbagai ragam dan dugaan. Hana sakit muntah-muntah sampai warded la. Hana tak boleh tidur malam. Hana taknak makan. Hana menangis melalak lalak. Hana cirit birit dan asyik nak beri-beri je.

Maka Tim kumpulkan 9 TIPS TERBAIK SEBAGAI PANDUAN untuk kalian travel dengan anak kecil. Moga beri manfaat berguna buat kalian.

1. PERGI TRAVEL DENGAN KAWAN ATAU FAMILI YANG SPORTING

Ini tips paling penting sekali. Mereka ini yang akan kasi support sistem terbaik di kala kita down nak jaga anak masa travel.

Tolong angkatkan barang. Tolong jagakan anak kejap. Tolong kasi makan. Eh macam-macam la mereka akan bantu supaya kita tak susah travel dengan anak kecil.

Terima kasih buat famili dan kawan Tim yang sporting. You guys memang best dan terbaikkk !

Namun mak-mak jangan ambil kesempatan harapkan semua benda orang lain tolong. Mak-mak memang kena super berdikari juga. Hee

2. PACKING BARANG EXTRA

Packing baju anak, pampers, wet tisue, stokin dll barangan anak super duper extra. Sebab anytime je anak akan tumpahkan air kat baju dia. Anytime je dia nak poo poo lima enam kali sehari.

Biar bawak lebih dari kurang. Haru biru jadinya kalau ada barang tak cukup.

3. JANGAN LUPA UBAT-UBAT DAN MINYAK PANAS

Standby ubat selsema, ubat demam dan apa-apa ubat yang berkaitan. Perubahan suhu ketika travel akan sebabkan anak demam.

Juga kalau suhu tiba-tiba sejuk, standby sweater supaya anak tak mudah jatuh sakit. Mak ayah memang kena alert dengan perubahan suhu anak masa travel.

Hana kalau dah nampak sign nak sesema tu, cepat-cepat kasi air banyak. Malam tidur sapu minyak urut baby di dada dan betis dia. InsyaAllah demam tak jadi dah singgah.

Jangan lupa travel insurance. Especially kalau anak jenis mudah jatuh sakit. Jujurnya Hana memang keluar masuk klinik untuk NEB sebab dada selalu dipenuhi kahak.

Jadi memang Tim selalu standby travel insurance siap-siap. Senang kot kot Hana kena sakit teruk. So far Alhamdulillah Hana belum pernah sampai tahap warded di luar negara.

4. TAHU APA NAK BUAT MASA KAPAL TERBANG LANDING ATAU TERBANG

Standby air botol kecil atau biskut atau apa-apa makanan untuk anak kunyah masa kapal terbang naik dan mendarat.

Masa Hana setahun dua, Tim kasi susu badan. Paksa manja Hana minum susu badan supaya telinga nya tak berdesing disebabkan perubahan tekanan udara.

Boleh juga susukan anak dengan susu botol atau tidurkan anak tersebut masa landing dan naik.

Tips lain, sebelum naik kapal terbang tu, Tim kasi hana penat berlari main dulu. Tak kasi tidur sebelum naik kapal terbang. Supaya dia tidur lama sikit dalam flight. Hee

5. BAWA MAINAN ATAU BUKU COLOR

Bila travel akan ada masa senggang yang sebabkan anak bosan. Bila bosan mulalah dia akan melalak.

So standby bawak mainan kesukaan anak atau pun buku color. Supaya anak ralit dan masanya terisi.

Tim selalu bawa buku bolor dan kaler pensel. So Hana akan main conteng-conteng sampai dia puas. Tim bawa juga mainan yang macam building blocks tu. Hana dah bosan main color-color, dia boleh main cantuk cantum block pula.

6. PAKAI CARRIER YANG SESUAI

Ada orang suka pakai stroller. Tim personally suka pakai carrier jenis SSC. Senang nak usung ke mana-mana dan Hana siap boleh tidur dalam tu bila bila dia nak tidur.

Travel guna SSC ni ala-ala light travel juga la.

Bergantung pada kawasan nak pergi dan aktiviti nak buat. Kalau sesuai Tim akan pakai Deuter Toddler carrier. Lebih sesuai untuk bawa sekali air, makanan dan baju anak sekali.

7. STANDBY SNEK DAN AIR UNTUK ANAK

Selalunya waktu travel, timing makan mesti ke laut biru pasifik. So standby dalam beg roti, biskut atau coklat. Kasi anak makan ketika waktu dia makan.

Kita ni takpa tahan lapar dua tiga jam. Namun anak tak boleh. Sensitif perutnya. Jadi dengan standby snek dan air , dia akan sentiasa bertenaga dan ceria sepanjang masa.

Masa Hana belum boleh makan solid, Tim bawa portable cooker dan chopper tupperware. Rebus kentang dan carrot. Lepastu hancurkan sebelum kasi Hana makan. Time tu memang standby buah fresh dan biskut untuk baby.

8. TAKE IT SLOWLY

Travel dengan anak kecil tak boleh rushing. Kena take it slowly. Anak ada masa nak tidur tengah hari dan tidur petang.

Kasi ruang dan peluang untuk anak-anak berehat dan tidur ikut waktunya. Kalau travel dengan kereta mudah sikit. Anak boleh tidur je dalam kereta.

Kalau travel dengan berjalan kaki, kena plan aktiviti harian mengikut waktu rehat anak-anak.

9. BANYAKKAN SABAR DAN ENJOY HOLIDAY ANDA.

Lapangkan dada dan banyakkan sabar masa travel dengan anak kecil. Anak-anak seronok sebenarnya 24 jam dengan kita. Yelah hari lain dia kena tinggal dengan pengasuh.

Tu yang bila travel sama, anak boleh jadi extra manja. Nakkan 300% perhatian gitu dari mak ayah.

Almaklum inilah quality time dengan keluarga kan. So jadikan ianya bermakna.