Aktiviti "Rare" Boleh Di Buat di Eastern Hokkaido Japan - Abashiri Drift Ice Tour

TRAVEL
March 07, 2018 - 06:08 PM


Abashiri terletak di Eastern Hokkaido. Kira-kira 1 jam penerbangan dari New Chitose Airport Sapporo. Nak naik train pun boleh tapi take time sikit lah. Since aku punya trip agak pendek aku naik je flight. Dari KLIA terus ke Sapporo aku naik Air Asia X dan dari Sapporo ke Abashiri (Memanbetsu Airport) melalui Japan Airlines (JAL). Kalau korang dari Tokyo boleh ambil flight terus dari Tokyo ke Abashiri (Domestic Flight).

Ok untuk korang yang nak ke Hokkaido boleh cepat-cepat usha laman web AA sebab sekarang AA tengah buat promosi FREE SEAT. Air Asia X menawarkan penerbangan 4 kali seminggu ke Hokkaido. Penerbangan ambil masa dalam 7 jam sahaja.

Awal februari hari tu aku sempat join FAM trip ke Hokkaido. Banyak aktiviti yang aku sempat buat. Dan trip kali ni aku fokus lebih kepada Eastern Hokkaido iaitu Abashiri dan Akan selain Sapporo. Last year aku dah pergi ke Sapporo dan Otaru untuk Spring season. Kali ini aku nak cover untuk musim winter pula. Apa yang korang boleh buat di Hokkaido semasa musim sejuk dan kat mana tempat best di Hokkaido ni.

Untuk posting ni aku story pasal Abashiri Drift Ice Tour sahaja. Kira sneak peak je lah untuk posting aku pasal Hokakido. Next post aku akan cover Smelt Fishing di Lake Abashiri, Sapporo Snow Festival, Tempat Menarik di Hokkaido dan Lokasi Pilihan Muslim Bercuti di Jepun. Still a long way to go…

LOKASI: ABASHIRI

AKTIVITI: ABASHIRI DRIFT ICE TOUR BOAT AURORA

Hari pertama dan tempat pertama aku pergi adalah Abashiri. Dekat Abashiri ni paling famous aktiviti yang korang boleh buat adalah Abashiri Ice Tour Boat atau Aurora. Pada mereka yang tak tahu apa benda ni meh akiu story sikit. Ice Tour ni korang akan naik boat atau ferry then akan di bawa pusing ke laut untuk aktiviti breaking ice cube kat laut. Korang boleh tengok macam mana ice tu break setelah kapal tu berlanggar. Ala macam filem titanic tu je. Tapi ice dia kecil-kecil. Paling excited korang boleh dengar tau bunyi ice tu pecah pecah. Tambah pulak dengan pantulan dari cahaya matahari yang hampir tenggelam tu boleh tengok ice tu berkilau. Sumpah the most interesting I have ever seen for entire of my life. Gittew!!

Tour ni mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam sahaja. Sekejap je tapi masa agak limited sebab nak kejar waktu sebelum gelap. Maklumlah musim sejuk ni jam 4 petang pun dah gelap dah.

Drift Ice ni berasal dari Shantarsky Bay yang terletak di sempadan Russia dan China. Jauh tu kalau nak pergi, tapi korang boleh rasa pengalaman di Hokkaido jer. Sebab Abashiri ni pun dah dekat dengan Russia. Ice yang ada kat sini pun berasal dari Russia. Dikatakan sungai di Russia mula membeku dan membentuk pecahan kecil ice dan hanyut ke laut sampai lah ke Abashiri.

Bila waktu sesuai untuk tengok Ice Tour?

Waktu yang sesuai untuk tengok Ice breaking ni pada penghujung Januari hingga awal Februari setiap tahun. Sebab tu aku cakap masa limited. Tak selalu ada. Masa ni sangat sesuai untuk tengok ice dekat horizon dengan mata kasar. Kejadian ini di panggi “ryuhyo shonichi” yang bermaksud hari pertama drift ice. Manakala pada bulan mac di kenali sebagai “umiake” yang membawa maksud pembukaan laut.

Fuhh macam majalah 3 punya program da aku explain. Korang tak faham lagi tak tahu lah…

Drift Ice Cries!

Apa pulak maksud ni? Ice menangis? Betul lah tu, disebabkan pelanggaran ice dan kapal akan mengeluarkan bunyi seakan akan binatang sedang memanggil. Macam bunyi diorang menangis. Hari tu aku dengar macam biasa-biasa jer. Hahha telinga tak berapa betul kot sebab sejuk. Tapi kalua dengar macam binatang memanggil tu korang jangan pulak pi terjun ya.

Ada satu fenomena yang jarang berlaku. Even local people pun susah nak dapat tengok fenomena ni. Kalau korang jumpa tu memang korang sangat bertuah. Ianya di panggil mirage of Ice. Fenomena ini nampak seakan barisan ice dan lautan seakan terpisah dan menghasilkan barisan di lautan. Kira macam jalur jalur.

So apa lagi jangan lepaskan peluang untuk melihat kejadian menakjubkan ini di Hokkaido. Korang tak kan menyesal punya lah.

INFO LANJUT:

  • Kapal akan mula berlepas di Roadside station (Ryuhyokaido Abashiri Michi no eke)
  • Hujung Jan – Awal April (bergantung kepada musim)
  • Tiket masuk 3,300 yen untuk dewasa dan 1,650 yen untuk kanak-kanak
  • Duration: 1 jam
  • Tel: 0152-43-6000 (Doto Kanko Kaihatsu Co)

Special Thanks to Hokkaido Tourism Organization for this awesome trip!! Next time jemput lagi ya.

-KeN