Aktiviti Selam Skuba Mula Dibuka Kepada Orang Awam, Julai Ini

TRAVEL
April 30, 2019 - 02:33 PM


Aktiviti selam skuba di Malaysia sangat popular dan ibarat ‘syurga’ di kalangan penyelam tempatan dan antarabangsa.

Dikurniakan dengan khazanah alam dan hidupan laut yang cukup mempesonakan, tak hairanlah pulau-pulau di sekitar kawasan timur Semenanjung serta di Sabah sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari serata dunia untuk menyelam skuba.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa bermula Julai nanti, Port Dickson juga bakal menjadi satu lagi lokasi tumpuan peminat aktiviti selam skuba untuk diterokai.

Mesti korang tertanya-tanya ada coral yang cantik ke dekat PD tu?

Jawapannya tentulah ada sebab sejak tahun 2013, lebih 20 jenis karang hidup subur selepas aktiviti pemuliharaan secara intensif dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS).

Pertumbuhan karang tersebut membuktikan bahawa perairan Port Dickson kini adalah lebih bersih.

Kalau tak, seperti yang kita tahu karang tidak boleh hidup dan tumbuh dalam kawasan yang tercemar kerana tumbuhan itu begitu sensitif terhadap tahap kualiti air.

Dengan suburnya karang di lautan PD, ia sekaligus menarik kehadiran ikan dan hidupan laut lain.

Ada antara karang yang tumbuh hasil konservasi yang dilakukan di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang terletak di atas tanah berkeluasan 0.85 hentar di Batu 7, Teluk Kemang.

So, korang apa lagi standby bulan 7 nanti kita cuba pula pengalaman menyelam skuba dekat PD.

Asyik main banana boat je…bosan kot! Hehehe…

Sumber: Utusan Online