Baia Do Sancho – Pantai Pilihan No 1 Di TripAdvisor

TRAVEL
April 10, 2019 - 04:16 PM


Pantai kecil yang berada di pulau kecil Fernando de Noronha di Brazil ini saban tahun telah dinobatkan sebagai pantai terbaik pilihan kaki travel serata dunia melalui TripAdvisor.

Sejak 6 tahun lepas, pantai Baia do Sancho ini telah menduduki tempat pertama pada empat tahun dan inilah sebabnya :

#1. Pemandangan Yang Menakjubkan

Menurut review yang ada di TripAdvisor, pemandangan di sini tidak dapat ditandingi oleh pantai-pantai lain. Dengan adanya tebing tinggi yang cantik, keseluruhan perairan dapat dilihat dari tebing dan terbentanglah air laut yang berwarna biru kehijauan ni.

Pasirnya pula, berwarna keemasan.

 

#2. Laluan Penuh Cabaran Nak Sampai

Lokasi pantai ini lebih kurang berstatus ‘rahsia’ kerana untuk sampai ke pantai, pengunjung kena menaiki dan menuruni tangga batu yang agak curam dan tinggi. Kira perjalanan jauh akan berbaloi, penat akan hilang kalau nampak pemandangan dekat sini.

Jalan pintas, naik bot terus ke persisiran pantai, tak payah naik tangga. Hehe

 

#3. Kurang Pengunjung

Disebabkan untuk kesini agak sukar, maka tak ramai pengunjung yang ada. Menurut TripAdvisor, waktu puncak sekalipun tak sampai seratus orang disana. Kalau bukan waktu puncak, tak ada orang langsung.

 

#4. Lokasi Terbaik Untuk Snorkeling

Perairan di sini dikatakan sangat jernih dan tenang disebabkan pantai Baia do Sancho ini terlindung oleh tebing-tebing tinggi. Bila air tenang dan jernih memang sesuai sangatlah untuk jalankan aktiviti snorkerling.

Kalau beruntung, korang boleh menyelam dan berada dekat dengan pelbagai jenis hidupan laut. Ikan, penyu dan ikan jerung kecil pun ada.

 

#5. Ada Air Terjun

Selain ada kawasan pantai yang cantik, disebabkan kedudukan geografinya berada di tebing-tebing tinggi jadi, apa bila adanya musim hujan, air terjun akan mengalir dari celahan batu dan tebing untuk terus mengalir ke sungai.

Dah mandi air masin, kalau nak hilangkan lekit, boleh terjun dalam air segar pulak kan?

Dengar kata, tangga dia ada 140 anak tangga. Jadi kena lah training selalu kalau nak ke sini. Ada bayaran yang dikenakan untuk tujuan manjaga kecantikan tempat tersebut dan perlu dilakukan di laman web rasmi Baia do Sancho sebanyak RM190 lebih kurang dan korang akan diberikan kebenaran masuk sehingga 10 hari.

p/s : Lokasi tepat Sancho Bay ni adalah berada dalam kawasan Marine Park Fernando de Noronha.

Maklumat lanjut ada di Visit Brasil : Sancho Bay

Sumber : TripAdvisor | Visit Brasil


Pilihan Editor

Starbucks Terbesar Di Asia Tenggara Dibuka Di Bali - Berkonsepkan Santuari Kopi​


 

Lapangan Terbang Baru Istanbul, Lapangan Paling Sibuk Di Dunia!