Bangunan Istana Rasmi Raja Muda Perak Akan Dilelong? Sayangnya...
TRAVELBangunan Istana Raja Muda Perak lama yang terletak di Jalan Syed Abu Bakar Teluk Intan nampaknya bakal dilelong. Istana ini merupakan istana rasmi Raja Muda Perak yang dibina sekitar tahun 1922 dan pernah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak.
Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak yang ke-31.
Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Istana ini ditinggalkan dan tidak lagi dijaga namun masih kekal di kawasan asal.
Istana yang memiliki kawasan seluas sekitar dua hektar ini ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.
Namun begitu setelah pihak netizen mengecam teruk akan tindakan ini, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri Perak akan membincangkan semula keputusan menjual tanah istana terbabit berikutan terdapat bantahan dan pandangan baharu mengenai keputusan itu.
Sebarang keputusan mengenai tanah serta istana itu perlu dibuat dalam mesyuarat Exco kerana merupakan keputusan Exco yang lalu. Terdahulu, pelbagai pihak termasuk pencinta sejarah membantah tindakan untuk menjual istana lama itu kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.
Betul kata netizen, sayang jika istana ini dilelong dah dijadikan bangunan komersial. Lebih elok jika dibaikpulih dan dijadikan salah satu tarikan pelancong di negeri Perak.
Sumber: Facebook Viral Perak