Bertuah Orang Raub, Ini 5 Tempat Menarik Dan Best Untuk Lepak Di Raub Pahang

TRAVEL
August 09, 2021 - 03:37 PM


Raub merupakan salah satu daerah yang terletak di negeri Pahang. Negeri ini menyimpan khazanah alam yang cukup indah untuk di terokai oleh kita semua. Bertuahnya penduduk Raub, selain dari kaya dengan khazanah alam, Raub juga begitu popular dengan makanan yang begitu sedap resipe turun termurun nenek moyang yang berasal dari sini. 

Selain, menjadi tumpuan mereka yang ingin menikmati makanan yang sedap, Raub juga bagaikan menjadi pusat tempat menikmati keindahan alam tidak kira bagi mereka yang datang dari luar negara mahupun dalam negara. 

Namun, sejak pandemik yang melanda pastinya pengunjung dari luar negeri Pahang sedikit sebanyak terjejas tetapi ianya tidak mengapa kerana Raub kini masih boleh dinikmati oleh penduduk di sekitarnya. 

Menjadi laluan utama bagi menghubungkan mereka yang tinggal di Pantai Timur Semenanjung dan Ibu Kota Kuala Lumpur, Raub begitu mesra pada mereka. Tidak hairanlah ianya menjadi persinggahan yang berbaloi untuk mengisi perut mahupun berehat seketika sebelum menuju ke Kuala Lumpur atau Kota Bharu.

Berikut kami kongsikan 5 tempat menarik dan popular untuk di jadikan tempak lepak di daerah yang popular dengan Durian Musang King ini. 

#5 Pulau Chekas

Geografi Pulau Chekas ini cukup menakjubkan kerana sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Sungai ini pula terbahagi keada dua iaitu alur sungai berbatu yang mengalir deras dan yang satu lagi lebih tenang.

Pada hujung minggu ramai yang memnuhi Pulau Chekas ini kerana kawasannya yang tenang dan terjaga.

Untuk kanak kanak, terdapat sebuah kolam kecil bersama papan gelungsur. Bolehlah anda bawa anak-anak kecil bermandi manda di sini.

Terdapat banyak tempat duduk dan wakaf yang sesuai dijadikan kawasan perkelahan. Buat masa sekarang ianya begitu sesuai bagi penduduk raub untuk menikmati perkelaan bersama keluarga yang tercinta. Selain ianya jauh dari kesibukan orang ramai, tempat ini juga pastikan cukup selamat bagi mereka untuk lepak tanpa meriksikokan diri dari terkena Covid 19. 

Walaupun begitu, sentiasalah patuhi SOP yang ditetapkan dan keselamat anak-anak juga perlu sentiasa diawasi. 

Alamat: lot 910, Jalan Dong – Ulu Dong, Kampung Peruas, 27600 Raub District, Pahang. (Google Maps Location)

#4 Lata Jarum

Sebuah lagi tempat menarik di Raub yang perlu anda kunjungi. Ia merupakan kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi yang indah. Dari jalan besar, anda hanya perlu menyelusuri jalan berturap hanya beberapa minit sahaja untuk ke sini.

Berbeza dengan kawasan air terjun lain, Lata Jarum mempunyai sungai yang berpasir. Ini sesuai dijadikan sebagai tempat bermandi manda buat mereka yang ada anak-anak kecil. Pastinya hati gembira tatkala melihat anak-anak riang menikmati  keindahan alam ini.

Anda tidak perlu risau akan kemudahan awam kerana segalanya cukup lengkap di sini seperi surai, wakaf, tempat letak kereta,, tandas, dan bilik persalinan.

Ingin bermalam di sini? Boleh. Terdapat khemah yang boleh di sewa atau chalet yang diperbuat daripada buluh.

Alamat: 27600 Raub, Pahang  (Google Maps Location)

#3. Kampung Jeram Besu

Kampung Jeram Besu merupakan destinasi yang paling popular di Raub, Pahang dan menjadi tumpuan utama untuk organisasi seperti universiti, sekolah, syarikat, dan pejabat kerajaan yang ingin mengadakan perkhemahan atau pun minggu orientasi.

Di sini terdapat resort yang menyediakan tapak perkhemahan dan di antara aktiviti lasak yang boleh dilakukan ialah berakit, berkenu, kayak, merentas hutan, dan berkhemah.

Aktiviti yang paling terkenal di sini ialah berkayak di jeram yang deras dan mencabar. Menariknya, Kampung Jeram Besu mendapat namanya dari jeram yang terkenal ini.

Menurut kisah orang lama, perkataan Besu berasal daripada perkataan bisu. Ini kerana kederasan air di jeram tersebut menyebabkan anda tak dapat mendengar apa yang keluar dari mulut orang di hadapan anda, seolah-olah orang bisu sedang cuba bercakap. Dari situlah datangnya nama Jeram Besu.

Alamat: Kampung Jeram Besu, 27300 Sega, Pahang (Google Maps Location) 

#2 Lembah Temir

Lembah Temir juga menawarkan percutian bertemakan eko-perlancongan. Apa yang lagi menarik, di hadapan setiap bilik di sini terdapat sungai kecil. Maksudnya, keluar sahaja dari pintu bilik, anda boleh terus masuk ke dalam air sungai yang segar.

Anda boleh bermandi-manda, berendam, atau berhanyut dengan pelampung. Wah, menarik sangat kan? Kalau nak kan kelainan, anda boleh sewa chalet yang terletak berdekatan dengan air terjun. Anak-anak anda pasti suka dengan aktiviti bagi ikan makan. Selain itu, anda boleh berjalan-jalan melihat pokok-pokok dan tumbuhan herba yang terdapat di sekitar resort.

Inilah masanya untuk anda perkenalkan pokok getah kepada anak-anak. Selain itu, boleh juga anda memetik buah mulberi yang banyak terdapat di sini. Selain persekitaran yang cantik dan tenang, Lembah Temir juga terkenal dengan makanannya yang sangat sedap. Kalau ke sini jangan lupa untuk merasa gulai tempoyak ikan patin dan rendang ayamnya.

Alamat: C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang. (Google Maps Location) 

#1 Raub Durian Orchard

Tidak lengkap hari anda jika bertandang ke Raub tetapi tidak menikmati rasa Durian Musang King ini. Jika anda peminat durian pastikan Raub Durian Orchard berada dalam senarai anda. 

Raub Durian Orchard merupakan kebun durian dengan keluasan 10 ekar yang terletak lebih kurang 15 minit dari bandar Raub. Di kebun ini terdapat lebih daripada 400 pokok durian dari pelbagai baka seperti musang king, tembaga, jantung, dan 24. Kalau anda datang semasa musim durian, anda seakan-akan berada dalam syurga durian. Boleh makan sepuas-puasnya dan beli untuk bekalan balik ke rumah

Selain durian, terdapat juga banyak pokok buah-buahan tempatan yang lain di sini seperti rambutan, langsat, manggis, pisang, dan duku. Kalau anda suka memancing, di sini juga anda boleh memancing. Menarik kan? Anda sekeluarga pasti berseronok di sini.

Alamat: 27600 Raub District, Pahang. (Google Maps Location) 

Bertuahkan penduduk Raub, di kala kita masih lagi terikat dengan larangan untuk merentasi sempadan mereka masih lagi boleh menikmati keindahan alam semulajadi dengan bebas. Cemburunya kami yang masih lagi terkurung bersama hutan batu yang entah tiada kesudahan. 

Jadi, jika anda merupakan penduduk Raub kongsilah tempat-tempat yang lebih menarik di kawasan anda bersama kami. Sedikit sebanyak ianya dapat mengubat kerinduan kami terhadap alam sekitar. 

Sebelum itu, khas hanya untuk mereka yang tinggal di raub kami ingin tawarkan baucer PERCUMA dari Domino's dengan hanya menjawab survey berkenaan tempat anda di bawah.

Create your own user feedback survey

Destination: