Castra By Colony: Glamping Mewah Tengah-Tengah 'Hutan Batu' KL

TRAVEL
May 14, 2020 - 06:20 PM


Kalau sebut pasal ‘Glamping’ atau glamor camping, mesti ramai yang membayangkan lokasinya di tengah-tengah hutan belantara, di tepi sungai atau berdepan dengan pantai.

Tapi korang pernah tak terfikir untuk glamping di atas bumbung bangunan pencakar langit di Segitiga Emas Kuala Lumpur? Mesti korang fikir best ke glamping tengah-tengah 'hutan batu'?

Bak kata orang belum cuba belum tahu, dan kalau korang nak suatu pengalaman yang lain dari lain korang boleh try buat glamping di CASTRA BY COLONY --- sebuah destinasi pekhemahan mewah di Star Boulevard KLCC.

Castra menawarkan 2 buah khemah mewah yang diilhamkan oleh gaya Mediterranean di lounge taman persendirian seluas lebih 4,000 kaki persegi serta dilengkapi kemudahan kelas pertama seperti katil premium dan linen, bilik mandi suite dan tempat lepak berupa teres outdoor.

Selain disediakan dek untuk aktiviti barbeku, Castra turut menggunakan khemah kanopi ala Bohemian yang luas dan selesa serta bakal menjanjikan suatu pengalaman bermalam yang takkan dilupakan seumur hidup korang.

Selain untuk tujuan bercuti, Castra juga boleh menjadi pilihan baharu dan unik untuk korang menganjurkan pelbagai acara menarik bersama ahli keluarga atau rakan-rakan dengan kapasiti sehingga 100 orang.

Standard dengan kemudahannya yang first class dan mudah akses di tengah-tengah ibu kota, tak hairanlah harga sewaan Castra untuk satu malam adalah dari RM2,500.

Berikut senarai kemudahan fasiliti yang boleh korang enjoy jika glamping di sana:-

  • Kawasan glamping seluas 4,510 kaki persegi
  • Khemah Berhawa Dingin
  • Tempat duduk teres & lounge taman
  • Set barbeku dengan penggunaan alat grill percuma
  • Skrin TV HD
  • Bose Speakers Outdoor
  • Pancuran mandi air panas
  • Mini Bar yang lengkap
  • Soket kuasa & WIFI dengan kelajuan tinggi tanpa had
  • Katil premium dan linen yang boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu (untuk yang menginap)
  • Kemudahan premium dan peralatan mandian organik

Kalau korang berminat untuk merasai pengalaman glamping mewah mereka, korang boleh lawati laman web Castra atau hubungi nombor 018-213 8086.

Destination: